Monday, November 28, 2011

Antara sahabat dan teman

sahabat
tatkala sepi menggamit jiwa
melayan hati nan lara
kau hadir membawa cahaya
pengubat duka nestapa

teman
tika aku sendirian
kau hadir disisi
menemaniku kala sunyi
suka duka diselami
mencipta sejarah abadi
seorang teman yang sejati

teman,sahabat
kedua-duanya amat ku perlu
mengisi kehidupan
menjalin suratan
namun...
mungkinkah ku temui
insan terbilang
yang mampu mengayam impian
menjadi permaidani harapan
mengharungi ketentuan
yang maha Esa

impian menjadi kenyataan
itulah yang aku inginkan
dari dirimu wahai insan
yang kini dalam pencarian..

Friday, November 11, 2011

9 miMpI RaSulullAh s.a.w...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, 
Nabi Muhammad saw bersabda: 

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi 
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di 
Israqkan........" 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

Thursday, October 13, 2011

‎7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR


‎7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

waNita IdAman



wahai WANITA idaman..bukan selayaknya tempatmu di situ..mahukah kau ku khabarkan dengan sesuatu FAKTA..mudah-mudahan kau mahu menyambut dan memikirkannya..

✿..CINTA SUCI itu hanyalah cinta yang terjalin selepas akad NIKAH..ketahuilah cinta sebelum pernikahan itu adalah cinta yang MENIPU dan tidak perlu engkau agung-agungkan..jangan biarkan dia mengambil hatimu..kau terlalu MULIA untuk disentuh sama ada JASAD ataupun HATI..✿

•.♥• yang manis itu apabila dia BERUBAH hati, kau akan KECEWA, dan kau akan kembali bercinta dengan Allah.

•.♥• yang manis itu apabila kau berubah hati, dia akan kecewa dan kau mahu kembali bercinta dengan Allah.

•.♥• yang LEBIH manis itu apabila kau dan dia sama-sama berubah hati, kau dan dia REDHA dan kembali sama-sama bercinta dengan Allah.

jalan JIHAD bukan mudah..namun kau mampu melakukannya jika kau PERCAYA dan biarkan Allah mengaturkan segalanya..jika kau belum bersedia dan hanya mahu mencari TEMAN untuk suka-suka, lebih baik jadi seorang diri..mudah-mudahan hatimu lebih TENANG kerana kau tahu kau hanya dicintai oleh yang Maha Penyayang yang selalu MENCINTAI hambaNYA..♥

Thursday, May 19, 2011

GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS

Assalamualaikum...

Da lama x update blog ni...nk kta bz 2, sgt,tp juz xde ms je..kdg2 on9 pn jap je..snggah kt fb jap n then trus out..kdg2,if bosan,snggah kt K.A.M.I jap..kt c2 dpt jupe kawan2 lama di batch..wlpn kami x prnah brsua,tp iktan prshbtn yg trjalin bgtu kuat mmbuatkan kami sume seolah2 btatap mata..bila ksdihan mlanda jiwa,dorunk la yg mjdi pgubtnya..smakin lama kami mgnali,smakin byk knangn trcipta..kdg2 smpai x sdr yg ms brjalan bgtu pants...skunk,masing2 da nk p blajr..rsnya cm xnk je lpskn dorunk prgi..kalo leh,nk ikt dorunk ktat2 dlm rumah K.A.M.I...nti rumah K.A.M.I mgkin x sceria dlu...yg ada hnya la sisa2 kanangn yg tgl...:(..sob..sob..


kpd warga K.A.M.I,sy akn igt korunk smpai bila2..insyaALLAH..sy doakan smoga korunk sume dpt mgjar cta2 korunk..smoga brjaya dan trus cmrlang..insyaALLAH..kalau suatu hari nnti,kita x dpt brsua@brsma,sy arp korunk x lpekan sy..wlaupn kita jauh,korunk sntiasa dlm igtn..igt sy slalu..:(

Remember Me...
time will come for us to part,
tears are following in my heart,
looking back,i've no regret,
for all that we have start.

think of me when you're gone,
think of me when you're alone,
write to me when you're need a friend,
by your side,i'll always stand.

we have known each other for a long time,
and you have found place in my mind,
we have been so close,trusting and happy,
so remember,even when you're far from me.
remember there's as a friend who really cares,
praying for you burdens gladly bear,
releasing you to God with love in his heart,
would you still remember me when we depart??? :(

Thursday, April 21, 2011

Tanda2 Kiamat hampir tiba


renungan bersama..

  
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1) diantaranya, yaitu penaklukan  Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 
2) Zina bermaharajalela . 
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar  (keledai).   Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."  - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik . "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." 
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda 
menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita " -Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya .
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. 
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mau mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". 
10) Bulan sabit kelihatan besar. 
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan  sabit." - Riwayat Thabrani 
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita . 
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapak2 kamu sebelumnya, karena itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim - 
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 
"Sesungguhnya sebelum datang-nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad 
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim 

 

Saturday, April 16, 2011

KaWan diAkhiR ZamAn..


Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang benar benar sibukDengan urusan memperbaiki diri nyaYang benar benar sibukUntuk mengubah sikapnyaUntuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalahSibuk dengan urusan mengumpul harta duniaWalau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang bergelumang dengan majlis ilmu menafaatYang sanggup bersusah payah dan berpenatlelahYang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan hartaDalam mengejar dan memahami ilmu menafaatYang ada kini hanya lahBerbangga dengan harta yang menimbunTapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiAhli professional yang bertaqwaYang benar-benar melekat iman di jiwanyaMengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sanaYang ada kini hanyalahAhli professional yang lalai dan lekaYang hidup nya lebih barat dari baratIman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiBersifat silaturrahim semata mata kerana Allah Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana AllahYang ada kini hanyalahSikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiriBersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiriYang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiriYang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalahYang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta duniaYang menghidupkan budaya baratSehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuanYang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalanYang ada kini hanyalahYang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umurYang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang menjadikan Al Quran sebagai hiburanMenjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelazimanYang ada kini hanyalahArtis di jadikan bahan pujaanNyanyian melalaikan di jadikan hiburanDianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang sentiasa merasai mati itu sangat hampirYang sentiasa merasai jelingan IzrailYang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematianYang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhiratYang ada kini hanyalahYang panjang angan-angannyaYang sibuk mengumpul dunia kerja seharianSeolah olah kematian itu masih jauhSeolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.