Surat yang dulu ku anggap tidak penting kini banyak mendatangkan kesan positif dalam hidupku.Walaupun isi kandungannya surat itu hanya tulisan tangan seorang wanita,namun penangannya begitu menakjubkan.Aku seolah terpukau dengan isi kandungannya.Aku bersyukur kerana Allah telah menghantar bidadari terindah dalam hidupku.Damia Husna.Ya!.Itulah bidadari yang banyak mengubah hidupku kini.Kini aku merasakan aku kembali dekat dengan Allah.Aku merasakan diri ini begitu hina dengan segala dosa yang aku lakukan.Aku juga sudah lama tidak menunaikan solat.Sekarang,aku telah menemui sinar kebahagiaan yang sebenar.Aku menjadi tenang apabila sujud pada Ilahi.Ya Allah!,ku bersyukur kepadaMu kerana memberikanku sinar petunjuk yang telah hilang.Alhamdulillah.
********
"Sha tak dapat join kau orang study petang nanti.Sha nak pergi shopping ngan ibu"Kata-kata Sha masih tergiang-giang di telingaku.Seolah-olah memberi peluang,aku mengambil kesempatan ini untuk membuat kejutan pada Damia.Hampir sebulan mengenali Damia,aku terasa sungguh bahagia dengan kehadirannya disisiku setiap hari.Hidupku juga kian berubah.Mama dan along kembali mesra seperti dahulu.Cuma abah yang masih tidak berubah.Aku amat merindui abah,namun,tiada siapa yang mengetahuinya.
Petang itu,aku ke taman.Tibanya aku di sana,aku melihat Damia sudah berada di situ.Melihat Damia yang tekun mengulangkaji pelajaran,aku lantas mengampirinya dalam diam."Eh,apa ni?ni siapa?"laung Damia secara tiba-tiba."Sshh....Jangan bimbang,ni Faris la Mia.Faris ada sesuatu nak tunjukkan pada Mia."bisikku sambil menutup mata Damia dengan sehelai kain hitam.Damia hanya mengangguk tanda mengerti.Aku mengarahkan Damia bangun dan mengikutiku secara perlahan-lahan.Aku memimpinnya berjalan menuju ke sisi taman.'Sekarang Mia boleh buka mata Mia"ujarku sambil membukakan kain yang menutupi matanya.Damia membuka matanya perlahan-lahan."wah!comelnya..."Damia terkejut melihat dua ekor anak arnab berwarna putih berlari-lari dihadapanya."Mia suka?"tanyaku sambil memegang erat anak arnab tesebut."Suka sangat"ujar Damia."Sekarang,Faris nak Mia kasi nama untuk anak arnab ini"pintaku."Ha...Mia ada idea."jawab Mia dengan selamba."Apa kata yang ni Mia kasi nama Danny,yang tu Mia kasi nama Dammy?"Mia meminta pendapatku.."eh!macam nama kita berdua je"aku terkejut dengan kebijaksanaan Mia.Aku akhirnya melepaskan ketawaku diikuti pula dengan ketawa Damia.Akhirnya gelak ketawa kami memecahkan kesunyiaan taman itu.
Selepas membiarkan anak arnab tersebut bermain-main di dalam taman,aku mengambil keputusan untuk membiarkan mereka tinggal disitu.Kemudian,aku dan Damia kembali ke bangku.Selepas habis mengulangkaji pelajaran,Aku sekali lagi membuat kejutan pada Damia.Aku lantas mengeluarkan gitar kesayangku lalu memetiknya sambil mendendangkan lagu"SAAT TERAKHIR" buat Mia.Tanpa disedari,tiba-tiba air mata Damia jatuh membasahi pipinya apabila aku mengakhiri nyanyianku.Aku terkejut melihat situasi tersebut."Mia,kenapa ni?kenapa Mia menangis?"tanyaku meminta kepastian."Mia....Mia ter..haru sangat dengan kejutan hari ini,sebab tu Mia menangis"ujar Damia tersesak-esak.Aku sedikit ragu-ragu dengan jawapan tersebut namun aku cuma endahkan sahaja apabila Damia meminta diri untuk pulang.Tanpa disedari,gelagat aku dan Damia sedang diperhatikan oleh seseorang.
********
FARIS,Sha rindukan Faris yang dulu.Faris yang manis dengan senyuman.Sha rindukan zaman kanak-kanak kita.Sha rindu sangat dengan kenangan dulu-dulu.Faris...Sha nak Faris tahu yang Sha amat sayangkan Faris.Sha pernah ukir nama kita berdua dekat taman.Sha yakin Faris mengetahuinya,tapi Faris tak pernah memahami Sha.Ukiran F&F(Faris & Farhana) masih terukir indah pada pokok tersebut.Faris,Sha selalu pergi sana,Sha tak nak kenangan kita hilang..:(
FARIS DANIEL,SHAHIRA FARHANA SAYANG KAMU....
Shahira Farhana meluahkan apa yang terbuku di hati dalam diarinya bersama linangan air mata.Shahira Farhana begitu sedih melihat keakraban antara Faris dan Damia di taman seminggu yang lalu.Shahira Farhana kecewa apabila Faris memberikan kejutan pada Damia.Namun,pada masa yang sama,Shahira Farhana tidak mahu meragut kebahagiaan Damia kerana dia amat menyayangi Damia Husna yang mula menjadi sahabat karibnya.Segala rahsia Damia juga tersimpan rapi dalam hatinya.Benar kata orang,apabila kita sayangkan seseorang itu,kita sanggup mengorbankan orang yang kita sayang demi melihat dirinya gembira,Begitu sucinya hati Shahira Farhana.
"Sha,kawan kamu datang!'laungan ibu Sha mengejutkannya dari lamunan."siapa bu?Sha bertanya dengan hairan."Damia"ujar ibu Sha sambil membenarkan Sha masuk ke dalam rumah."Suruh Mia tunggu di bilik Sha,Sha nak ke toilet."Sha lantas menyorokkan diarinya di bawah bantal lalu keluar dari biliknya untuk ke tandas.Shahira sengaja ke tandas kerana mahu menghilangkan segala tanda yang menampakkan dia sedang menangis.Selepas mendapat keizinan,Damia berjalan perlahan menuju ke bilik Shahira.Setibanya di sana,Damia duduk disisi tilam sambil menunggu kedatangan Shahira.Ketika asyik melihat keadaan sekeliling,tiba-tiba Damia terbaca beberapa patah ayat yang tertulis dalam diari Shahira yang terselindung di bawah bantal."FARIS DANIEL,SHAHIRA FARHANA SAYANG KAMU...."Damia mengulangi ayat tersebut beberapa kali di dalam hati."Maafkan Sha buat Mia menunggu lama"Kata-kata Sha membuatkan Damia tersentak seketika."Eh,tak mengapa Sha"ujar Damia yang masih terkejut dengan kedatangan Shahira secara tiba-tiba.Damia membetulkan duduknya.Dalam hati,Damia berdoa agar Shahira tidak menyedari kesalahannya yang tidak sengaja itu tadi."Ya Allah,ampuni hambaMu ini.Sesungguhnya,hamba tidak sengaja membacanya."Desis hati Damia.Selepas habis berborak, Damia meminta diri untuk pulang lalu menyerahkan sesuatu kepada Shahira.
********
Hari berganti hari,bulan berganti bulan,hampir tiga bulan aku mengenali Damia.Sejak beberapa hari ini,aku melihat Damia sering tidak hadir ke sekolah.Aku merasakan ada sesuatu terjadi kepada Damia.Namun,aku tidak pasti sebab sebenar ketidakhadiran Damia ke sekolah.Shahira juga sering mengelak apabila aku bertanya mengenai Damia."Mia tidak sihat,barangkali deman"jawab Shahira.Hanya jawapan itu yang aku dapat.Petang itu,aku nekad ke rumah Damia.Aku nekad!
"Assalamualaikum"Aku segera memberi salam setibanya aku di rumah Damia.Salamku dijawab beberapa minit kemudian."Cari siapa nak?"Tanya seorang wanita yang baru sahaja keluar dari muka pintu."saya kawan Mia.Mia ada?"aku membalas pertanyaannya."Oh non Mia..non Mia...non Mia enggak ada.Dia pergi sama papanya,baru aja."Jawab wanita tersebut secara teragak-agak sambil memandang ke arah pintu.Aku sedikit hairan."Kalau macam tu,tak apalah.Saya pulang dulu"Ujarku sedikit kecewa lalu mengangkat kaki untuk pergi."Kamu ada pesan untuk ibu sampain ya?"Laungan wanita tersebut memberhentikan langkahku."Oh!Em,Enggak ada kot buk,ma kasih ya"Aku bersuara meniru loghat indonnya.Wanita tersebut tersenyum lalu ku membalas snyumannya dengan hambar.Langkah kakiku terasa amat berat untuk melangkah."Terima kasih bibik"Ujar Damia sambil memeluk erat bibiknya selepas pemergiaanku.Rupa-rupanya Damia ada dirumahnya pada saat kedatanganku!
Aku berjalan hambar sambil menggalas beg yang berisi gitar kesayangku di dalamnya.Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk singgah di taman buat seketika.Aku duduk dibangku lalu mengeluarkan gitar.Sambil memetiknya,aku mendendangkan lagu"YANG AKU TAHU"untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku pada masa ini.
Sayang kamu ada di mana
hari ini tak ada kabarnya
sayang kamu ada di mana
jawab saat diriku bertanya
Kini engkau telah berubah
kau tak seperti yang biasanya
kini engkau telah berubah
kau tak seperti yang bisanya
Yang aku tahu
dulu kau tak begitu
tapi sekarang engkau berubah
kau membuatku terluka
apa diriku bersalah
Yang aku tahu
kamu menyayangiku
tapi sekarang kau tidak lagi
kau tinggalkan ku sendiri
di atas putaran bumi.
Akhirnya aku hanyut dalam dendanganku.Dalam diam,Damia memerhatiku di sebalik rimbunan pokok-pokok dalam taman sambil menangis."Faris,maafkan Mia..Mia tiada niat nak buat Faris terluka,tapi keadaan memaksa Mia..Mia terpaksa Faris..Mia tak nak Faris sedih dengan kedaan Mia sekarang ni.Desis hati Mia sambil menangis teresak-esak.Beberapa minit kemudian,Damia menyapu air matanya lalu berlari pulang.
********
Suatu hari Damia mengajakku bertemunya di taman.Aku sedikit terkejut dengan pertemuaan yang diaturkan.Sudah Seminggu aku tidak berjumpa Damia di sekolah.Selepas pulang dari sekolah,aku terus ke taman.Setibanya aku di sana,aku melihat Damia sudah sedia menungguku sambil membelai-belai manja anak arnab Danny dan Dammy yang kian membesar.Aku tersenyum melihat gelagat Damia."Assalamualaikum my princess"Aku memberi salam dengan nada berbisik."Waalaikumussalam,eh,Faris,dah lama sampai"Damia terkejut dengan kedatanganku.Saat melihat Damia berpaling ke arahku,,aku seakan-akan mahu menangis melihat keadaan Damia yang kelihatan semakin kurus dan pucat.Aku segera mendapatkan Damia di bangku."Mia,kenapa dengan Mia.Mia sakit?"Aku terus-menerus menyoalnya.Melihat keadaanku yang begitu risau,Damia hanya tersenyum dengan tenang.Aku tahu senyuman itu sengaja dibuat-dibuat.Matanya seakan berkaca.'Tak Faris..Mia cuma deman je..Jangan risau tentang Mia..Mia ok".Ujar Mia seketika." Mia nak jumpa Faris hari ni sebab Mia nak bagitahu Faris yang Mia nak pergi...."Mia meneruskan kata-katanya.Aku terkejut dengan jawapan itu."Mia nak pergi?Mia nak pergi mana?please...jangan tinggalkan Faris
?Faris dah tak sanggup nak berjauhan dari Mia"Aku seakan-akan merayu."Faris,Mia nak balik kampung Mia..Mia nak lawat kubur arwah mama Mia.Mia rindu arwah mama..rindu sangat..Maafkan Mia..izinkan Mia pergi.."Damia menjelaskan sebab dia mahu pulang ke kampung.Aku berasa berat untuk melepaskan Mia pergi walaupun hanya seminggu.Aku merasakan Mia akan Pergi untuk masa yang agak lama."Baiklah Mia.Ingat Faris selalu k.Faris nak Mia tahu...yang...Faris sayangkan Mia sangat-sangat.Faris tak boleh hidup tanpa Mia disisi Faris..."Tiba-tiba
dadaku menjadi
sebak menyebabkan aku ingin menangis,namun ku tahan perasaan itu agar Damia tidak melihatnya."Mia juga sayangkan Faris..Faris adalah anugerah terindah buat Mia..Maafkan segala kesalahan Mia pada Faris..Mia juga nak Faris tahu,Faris adalah cinta hidup dan Mati Mia.Ujar Damia sambil air matanya menagalir dengan deras secara tiba-tiba.Damia lantas meminta diri sambil meyerahkan sebuah bungkusan berwarna putih."Mia nak Faris buka hadiah ni lepas Mia balik sini.Tunggu Mia dekat taman"Damia menghulurkan jari kelingkingnya sambil menyebut perkataan "janji".Aku hanya mengangguk dan menghulurkan jari kelingkingku,Akhirnya jari kami bertaut.Selepas itu,Damia berlalu pergi sambil melambai-lambai ke arahku."Aku hanya terdiam tanpa kata-kata.Badanku seolah-olah menjadi kaku.Lidahku pula seolah-olah begitu kelu untuk berbicara.Aku ingin menjerit,namun suaraku jelas tidak kedengaran.Baik-baik sayang.Hanya ungkapan itu yang terlintas dimindaku tika itu.
********
Aku
ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
Meski
dah lama kita tak bertemu
Ku hanya memiliki kamu
ku hanya mencintai kamu
Aku rindu setengah mati
kepadamumu
sungguhku ingin kau tahu
aku rindu
setengah mati
kepadamu.
Lagu tersebut sering aku dendangkan ketika Damia berada di kampungnya.Setiap hari,aku akan ke taman sambil menyanyikan lagu tersebut untuk menghiburkan hatiku yang dilambung ombak rindu.Aku begitu merindui Damia pada saat ini.Ya Allah!Aku betul-betul merindui dirinya. Aku rindu setengah mati.
********
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Hari ini,genap tujuh hari Damia pulang ke kampung.Pagi-pagi lagi aku bersiap-siap awal ke taman.Aku ingin menyambut kepulangan Damia dengan senyuman.Kebetulan,hari ini hari minggu.Setibanya di taman,aku bermain-main dengan anak arnab Danny dan Dammy.Melihat mereka semakin membesar,aku menjadi gembira.Dari pagi hingga petang,kelibat Damia tidak juga kelihatan.Namun,aku tidak mudah putus asa.Seusai solat Isyak,aku kembali semula ke taman dengan harapan Damia akan datang.Aku membawa bungkusan yang diberi Damia seminggu yang lalu.Aku menunggu dan terus menunggu.Jam menunjukkan hampir pukul 10 p.m.Aku meneliti bungkusan yang diberi oleh Damia.."Faris..."ujar suara tersebut."Mia..Mia dah pulang"aku membalas tanpa menoleh ke arah belakang.Mataku masih memerhati bungkusan tersebut yang kurasakan penuh dengan misteri."Ini Sha...Bukan Mia"Kata-kata tersebut menyebabkan aku bangun lalu menoleh."Sha.mana Mia?Mia bagitahu dia pulang hari ini kan?,tapi kelibat Mia pun tak kelihatan"Tanyaku dengan kecewa."Faris...Sha ada sesuatu nak bagitahu Faris"Sha berkata dengan lembut."Apa dia Sha?"Seolah-olah tidak sabar menunggu jawapan Shahira."Sebenarnya....sebenarnya Mia tak akan pulang lagi.."Sha mematikan kata-katanya."Apa??...apa Sha cakapkan ni?Faris tak faham."balasku seolah-olah tidak mengerti maksud Shahira yang sebenar."Faris...Mia dah pergi.Mia dah pergi buat selama-lamanya..Mia tak akan kembali lagi..Mia dah meninggal dunia dua hari yang lepas Faris...Maafkan Sha kerana merahsiakan hal ni.Sha terpaksa merahsiakannya sebab ini amanat Mia..Mia tak nak Faris sedih..Mia dah lama menderita.Doktor bagitahu yang Mia hanya ada masa tiga bulan je untuk hidup.Penyakit barah usus Mia dah sampai tahap kritikal..Kita terpaksa mengikhlaskan pemergiaannya Faris..Biarkan Mia tenang......."Kata-kata Shahira terhenti disitu kerana sudah tidak dapat menahan sebak yang berkerocak di dada."Innalillahiwainnailarojiun..."hanya itu yang terkeluar dari mulutku pada saat itu.Aku jatuh terduduk di bangku.Begitu hebat dugaan yang Engakau berikan Ya Allah....Air mataku sudah tidak dapat dibendung lagi.Masing-masing diam seketika.Selepas keadaan kembali reda,Sha mengarahkan aku membuka bungkusan yang diberikan oleh Damia lalu menghulurkan sepucuk surat.Perlahan-lahan,aku mengoyakkan kertas putih yang membalutinya."Yassin"kata-kata itu mengejutkan Shahira.Air mataku kembali mengalir apabila aku melihat tulisan tangan Damia memenuhi ruangan muka surat di belakang halaman hadapan."Untuk yang tersayang,Faris Daniel,Bacalah surah ini apabila kamu merinduiku".Tiba-tiba,aku teringatkan surat tadi.Aku lantas membuka sampul suarat itu untuk membaca isi kandungannya..
Assalamualaikum..Buat insan yang ku sayangi,Faris Daniel:
Hari-hari bersamamu terlalu indah dalam diari hidupku.Terasa begitu cepat masa berlalu sehinggakan aku terlupa akan detik kematian yang bakal menjemputku.Faris,seandainya surat ini sedang dibaca olehmu ketika ini,mungkin jasadku telah selamat dikebumikan.Maafkan aku kerana merahsiakan penyakitku ini.Tidak sanggup diri ini melihat air mata membasahi pipimu tatkala melihatku jasadku diusung ke tanah perkuburan.Maafkan aku juga kerana membuatmu bersedih selepas pemergiaanku ini.Faris,seandainya aku pergi dan tak kembali,Aku mohon,kasihilah Shahira seperti dirimu mengasihi diri ini.Gantikanlah diriku dengan dirinya.Ku percaya,dirimu akan bahagia suatu hari nanti.Faris..Ikhlaskanlah pemergianku ini..Semoga bisikan doamu akan sentiasa menemani tidur panjangku .Anggaplah pemberian bungkusan itu sebagai hadiah hari jadimu.Selamat ulang tahun yang ke 17 tahun sayang.Maafkan aku kerana tak dapat meraikannya bersamamu .Faris, teruskanlah perjuanganmu walaupun tanpa diriku disisi. Semoga cita-citamu untuk menjadi seorang doktor akan tercapai.Carilah penawar terhadap penyakitku ini agar tiada lagi yang menjadi korban.Cukuplah aku sahaja yang menderita kerananya.Selamat tinggal sayang.Kenangilah aku selamanya......
Yang menyayangimu setiap hari:
Damia Husna
Surat yang kubaca tadi terlepas dari genggaman.Aku meraung bagaikan orang gila.Ya!Aku memang gila.Aku gila kerana telah kehilangan orang yang aku amat sayangi.Aku menjerit memanggil nama Damia.Jeritanku membuatkan Shahira terkejut.'Damia!!!!!!!!kenapa Mia tinggalkan Faris...kenapa Mia??kenapa???"Aku seolah-olah hilang siuman.Melihat keadaanku,Shahira lantas menenangkanku."Faris...jangan macam ni..."pujuk Shahira lembut.Air mata Shahira masih belum berhenti daripada mengalir.'Mia dah tak ada Sha,Mia dah tak ada..."Kataku seakan-akan tidak percaya."Ya Faris,Sha megerti perasaan Faris ketika ini..Tapi Faris perlu kuat...Walaupun Mia dah tak ada,tapi Faris masih ada Sha,mama Along,dan abah Faris.."Kata-kata Shahira sedikit membuat hatiku sejuk.Tiba-tiba,Shahira melepaskan pelukannya."Faris,ada seseorang nak jumpa Faris"Kata-kata Shahira menimbulkan tanda tanya dimindaku."Siapa?"tanyaku ringkas."Jom kita balik"Shahira mengajakku pulang ke rumah.Aku berjalan seiring bersama Shahira.
Setibanya di rumah,Aku sedikit terkejut melihat abah tersembul di muka pintu menyambut kepulanganku."Faris...anak abah...Maafkan abah nak...Abah khilaf...Abah minta maaf kerana mengabaikan angah selama ni,abah minta maaf sangat-sangat.Beri abah peluang kedua untuk berubah nak..."Kata-kata abah membuatku terkesima seketika.Abah lantas memelukku dengan erat.Aku didakap dengan penuh kasih sayang seakan-akan anak kecil."Happy birthday to you!Happy birthday to you!Happy birthday to Faris Daniel!Happy birthday to you....Nyanyian lagu tema "Happy Birthday" tersebut membuatku terpaku.Kelihatan,mama dan along membawa keluar sebiji kek coklat diiringi nyalaan lilin di atasnya.Aku begitu terkejut dengan kejutan ini.Aku betul-betul tidak menyangka bahawa hari ini adalah hari jadiku."HAPPY BIRTHDAY ANGAH!!" ucap mama,abah dan along serentak.Tatkala itu,aku seakan-akan kembali ke zaman kanak-kanakku.Situasinya sama seperti sekarang,yang membezakanku hanyalah umur.Melihat keadaanku yang bigung,mama,dan along menerjah ke arahku lalu memeluk erat.Aku lemas dalam dakapan mereka.Pada masa itu,air mataku mengalir tanpa aku sedari.Begitu bahagianya perasaanku pada saat ini.Shahira tersenyum manis memandangku.Dalam hati,aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengembalikan semula kebahagiaan ahli keluargaku.Alhamdulilah.'desis hatiku.Aku membalas senyuman Shahira.Hari ini menjadi hadiah hari jadi yang terindah dalam hidupku walaupun aku baru sahaja kehilangan oarnag yang aku sayang.Damia..aku akan merindui dirimu....sayang.Aku berbisik dalam hati.Shahira..terima kasih kerana memberiku semangat untuk meneruskan perjuangan.
********
Sejak hari itu,keluargaku kembali bersatu seperti dahulu.Abah telah bercerai dengan isteri keduanya setelah mendapat tahu bahawa betina itu telah curang dengan jantan lain.Aku berazam untuk mendapat 10 A dalam SPM yang bakal aku hadapi tidak lama lagi.Kini,aku tidak lagi sepi kerana adanya Shahira disisiku.Walau apapun,ingatanku pada Damia masih tersemat erat dalam memoriku dan menjadi kenangan terindah yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila....
********tamat*****