Thursday, April 21, 2011

Tanda2 Kiamat hampir tiba


renungan bersama..

  
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1) diantaranya, yaitu penaklukan  Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 
2) Zina bermaharajalela . 
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar  (keledai).   Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."  - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik . "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." 
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda 
menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita " -Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya .
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. 
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mau mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". 
10) Bulan sabit kelihatan besar. 
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan  sabit." - Riwayat Thabrani 
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita . 
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapak2 kamu sebelumnya, karena itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim - 
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 
"Sesungguhnya sebelum datang-nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad 
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim 

 

Saturday, April 16, 2011

KaWan diAkhiR ZamAn..


Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang benar benar sibukDengan urusan memperbaiki diri nyaYang benar benar sibukUntuk mengubah sikapnyaUntuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalahSibuk dengan urusan mengumpul harta duniaWalau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang bergelumang dengan majlis ilmu menafaatYang sanggup bersusah payah dan berpenatlelahYang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan hartaDalam mengejar dan memahami ilmu menafaatYang ada kini hanya lahBerbangga dengan harta yang menimbunTapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiAhli professional yang bertaqwaYang benar-benar melekat iman di jiwanyaMengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sanaYang ada kini hanyalahAhli professional yang lalai dan lekaYang hidup nya lebih barat dari baratIman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiBersifat silaturrahim semata mata kerana Allah Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana AllahYang ada kini hanyalahSikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiriBersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiriYang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiriYang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalahYang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta duniaYang menghidupkan budaya baratSehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuanYang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalanYang ada kini hanyalahYang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umurYang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang menjadikan Al Quran sebagai hiburanMenjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelazimanYang ada kini hanyalahArtis di jadikan bahan pujaanNyanyian melalaikan di jadikan hiburanDianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang sentiasa merasai mati itu sangat hampirYang sentiasa merasai jelingan IzrailYang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematianYang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhiratYang ada kini hanyalahYang panjang angan-angannyaYang sibuk mengumpul dunia kerja seharianSeolah olah kematian itu masih jauhSeolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.