Wednesday, April 30, 2014

Menangislah andai perlu...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

This week NAM rather bz... a lot of assigment need to do( IS DOING ASSIGMENT)... but i will spend a moment to post something here. :)

ok..berbalik kepada tajuk 'Menangislah andai perlu'...  semua orang kat dunia ni MESTI akan menangis.. tak kira la tua, muda,lelaki @ perempuan, kita semua pasti akan mengalirkan air mata dan yang unikya air mata kita  akan keluar mengikut situasi tertentu...bila sedih, kita menangis, bila terlalu gembira, kita pun akan menangis..kadang-kadang, tanpa sebab pun kita akan menangis..right?? maksudnya disini, tidak semestinya air mata tu mengalir apabila kita bersedih je... tetapi menangis itu disebabkan banyak faktor... ada orang menangis apabila putus cinta, ada orang menangis bila jari terluka,ada orang menangis sebab mendapat kejayaan...
kalau nak mention semua faktor,memang takkan habis...heee~

Sebenarnya Allah ciptakan air mata ni bersebab.. apabila kita mempunyai masalah, dengan menangis, ia mampu menghilangkan stress dan mampu membuatkan kita berasa lega. apabila kita menangis, seoalh-olah masalah yang kita ada lenyap seketika.. sekurang-kurangnya hati kita akan kembali tenang selepas menangis.. menangis juga banyak kelebihan yang lain..ia seolah-olah penawar untuk merawat hati nan lara (ceh...ayt)

Disini, NAM ada dapatkan info mengenai menangis..jom baca :)



Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang dapat membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat tetes mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 menit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis bisa mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membina komunikasi
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada sahabat-sahabatnya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis dengan penuh penyesalan.





Friday, April 25, 2014

BK..

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

Malam ini,NAM Iingin menyeru anda semua membaca satu blog hangat yang menceritakan pelbagai keterkaitan   ulasan mengenai rentetan perkara yang berlaku setelah hilangnya MH370...blog tersebut ditulis oleh seorang blogger yang menggunakan nickname  bradokapak iaitu seoarang Freelance Internet Marketer.Bagi NAM,blog ini banyak memberi informasi dan teori yang amat berbeza dan akan memeningkan kepala sesiapa yang membacanya sekiranya mereka membaca dipertengahan jalan cerita...,mengikuti dan menganalisis maklumat yang dikongsikan menyebabkan NAM berfikir sejenak..sukar untuk menjelaskan apa yang kita tafsirkan dan apa yang cuba untuk kita luahkan...fakta atau auta??NAM sendiri kurang yakin..tetapi.NAM cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan disamping menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hal-hal yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku.. untuk mendapat lebih informasi,layari blog http://dramaraja.blogspot.com/2014/04/obama-jumpa-bersih-suhakam-dan-majlis.html

Thursday, April 24, 2014

MENGKUDU DAN KHASIATNYA

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...


Bertemu kembali..

Alhamdulilah...syukur kepada Allah NAM dan sahabat-sahabat yang lain telah selesai present tugasan kami berkaitan penggunaan herba dalam perubatan tradisional mengikut etnik..

NAM dan sahabat-sahabat memilih untuk mengkaji tentang khasiat mengkudu dan penggunaanya dalam perubatan tradisonal..serius NAM cakap,tanpa kita sedar,tumbuh-tumbuhan yang berada disekeliling kita sebenarnya amat bermanfaat dalam kehidupan.MAHA Suci ALLAH yang menjadikan sesuatu yang mempunyai kepentingan masing-masing..cuma...ramai yang tdak menyedari dan mengkajinya...di bawah ni sedikit info mengenai mengkudu.











LATAR BELAKANG POKOK MENGKUDU

Mengkudu atau lebih dikenali sebagai Noni (bahasa Hawaii) merupakan sejenis tumbuhan yang biasa ditemui di kawasan tropika.Mengkudu merupakan buah asli dari daerah Asia Tenggara. Mengkudu, secara amnya boleh dikatogerikan kepada 2 jenis yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Tumbuhan ini juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agar sukar ditemui.

Di negara Eropah mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga dipanggil chees fruit kerana baunya menyerupai bau keju sudah dimasak. Tanaman mengkudu termasuk dalam kelompok rubiaceace. Buah mengkudu dikenali  dengan nama-nama yang berbeza di setiap negara, antaranya Nono (bahasa Tahiti), Nonu (bahasa Tonga), ungcoikan (bahasa Myanmar) dan Ach (bahasa Hindi). Biasanya pokok mengkudu ditanan di kawasan pinggir hutan dan berdekatan peparitan dan sungai.

Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15 sehingga 20 kaki. Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasanya dijadikan kayu api atau bahan bakar. Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal. Tumbuhan ini kaya dengan vitamin A. Bunganya pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Buahnya sebesar telur ayam bagi mengkudu kecil dan permukaannya agak berkerutu.

Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benihnya. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan. Tumbuhan ini akan bercambah setelah 3 sehingga 9 minggu setelah disemai. Tumbuhan ini akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.
  


KHASIAT POKOK MENGKUDU
Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan di kepulauan Pasifik Selatan, kemudian di China dan di India. Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua olh tentera yang berada di kepulauan Polinesia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan. Di kepulauan Carribean, mengkudu dikenali sebagai pain killer three dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam bengkak dan terseliuh. Di negara kita Malaysia buah mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing (kencing tidak lawas), senggugut dan pendarahan.


Daun mengkudu biasanya dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin bagi memulihkan kecerdasan badan. Daunnya biasanya dijadikan alas batu tungku, dipercayai dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin. Kajian yang dilakukan seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr. Isabella Abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetis dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan melambatkan proses penuaan.




setakat tu je yang NAM dapat kongsikan...

jumpa lagi~daaa 

Masuklah form 6... :)

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

salam jumaat NAM ucapkan..
Pada entry kali ni, NAM nak bercerita sikit sal form6...NAM pun ex-form6 student jugak..sekarang ni mesti ada antara adik-adik yang dalam dilema kan..tak tahu nak tuju ke mana selepas SPM...yang da dapat matrik,mesti wat keputusan nak masuk matrik...habis, yang tak dapat kemana-mana ni camna?tu laa...cam title kat atas tu...pada pendapat NAM la,adik-adik masuklah form 6..NAM rasa form 6 more better than matrikulasi(2 tahun) and politeknik(3 tahun)...sebab apa,ni pendapat peribadi NAM sendiri la,form6 sekarang da maju... sistem die tak macam dulu..dulu modular,sekarang semester(kalau tak silap NAM)..SEKARANG da upgrade cam matrikulasi..lagi pun,form6 pun hampir 2 tahun jugak...banyak kelebihan masuk form6..even agak tough,tapi,kalo berusaha,in shaa Allah dapat peluang masuk universiti..tapi kalau pergi politeknik,lepas 3 tahun baru dapat DIPLOMA...kalau form6,lepas 2 tahun(lebih kurang), sijil die da sama level dengan diploma n da boleh sambung degree kat universiti kalo result gempak..nak selamat dapat 3.00 above..manakala kalau matrik(2tahun), if tak dapat follow,n ditendang keluar,balik dengan tangan kosong la...tapi, NAM tak halang korang semua nak masuk politeknik..atas minat masing-masing la..macam NAM cakap tadi la..juz my opinion..your decision in your hand.. :) 

kat bawah ni NAM ada copy dari sumber kat blog jugak...boleh buat revision..gud luck :)




Matrikulasi
1.Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. atau akan di tendang.(Contra)
7.Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Asasi / Foundation
1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Diploma
1.Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
3.Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro) 4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)  

Tahmidi (USIM)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

Tingkat 6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)

 Sijil
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro) 3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account. 5.Tidak digalakkan ambil Sijil.

Kerana Mereka Bukan Sahabat...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

harap-harap semuanya sihat walafiat...

Malam ni NAM nk bercerita tentang Persahabatan..even assigment  berlambak banyak yang perlu disiapkan, tapi..demi blog tercinta(x sayang pun), NAM sanggup korbankan 2-3 minit untuk post something here..
Dalam hidup ni,kita mesti mempunyai sahabat kan??tak kiralah sahabat ke,kawan ke,teman ke, yang pasti,mesti ada seseorang yang menceriakan hari kita dengan gelak ketawa mereka..tanpa mereka,mesti hidup kita akan sunyi..selain daripada ibu bapa kita,adik -beradik kita,mereka juga menjadi insan terpenting..lebih-lebih lagi...kalau yang tinggal berjauhan dengan keluarga..merekalah tempat kita menumpang kasih dan sayang,tempat mengadu segala hal,tempat kita bermanja dan tempat kita meminta pertolongan...tanpa mereka,kita mungkin kesunyian.NAM pun punyai 'mereka'...NAM tak anggap pun 'mereka' sahabat NAM..mereka sangat baik dengan NAM...selalu buat NAM rasa bahagia...'mereka'lah tempat NAM bergantung harap saat berjauhan dengan insan tersayang...walaupun NAM tak anggap 'mereka' sahabat,NAM TETAP sayang mereka...sayang sangat..NAM tak pandai nak menzahirkan menunjukkan bagaimana NAM sayang mereka sebab Mereka bukan Sahabat NAM TETAPI 'MEREKA' adalah lebih dari seorang SAHABAT..mereka adalah SAHABAT SYURGA..NAM da anggap mereka macam Adik-beradik NAM.. 

I REALLY LOVE YOU ALL :)

'MEREKA' :YATIE,MAS,HAZIRAH,WARDAH,LINDA,FATIM,FAIZATUL








Wednesday, April 23, 2014

"Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...


1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY ....... for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you.


HAVE A WONDERFUL DAY!!!


BELAJARLAH BERSYUKUR.......

Kebenaran atau kebetulan?


♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualaikum..

Semalam baru dapat berita daripada sis yang seekor daripada 3 ekor anak kucing kat kampung telah mati.bukan apa..baru je 2 minggu lepas main-main dengan 'mereka'..tiba-tiba,mati lak seekor..emm...baru je nak tengok 'mereka' membesar..tapi,da mati..orang cakap..(xtau la siapa),mybe pantag orang tua-tua la kot..tak boleh tangkap gambar kucing,nanti cepat mati..so,lum balik cni hari tu, NAM snap la gambar ketiga-3 ekor ank kucing tu,,maklumlah,lambat lagi nak balik again ke kampung..konon-konon nk buat kenangan..bukan 1 keping je,banyak lak tu..berbelas-belas keping.masa tu terdetik jugak kat hati,sal benda ni yang takleh snap gambar ni,tp,ignore je la..benda-benda cam ni tak percaya sangat..tapi,pada pandangan NAM mybe ada kebenarannya..buat jugak reseach,rupa-rupanya ramai yang cakap macam ni..takkan kebetulan kot..entahlah..sedih jugak kehilangan ank kucing yang comel 2...nasib baik ada lagi 2 ekor..yang ni tak tau la nsib 'mereka' yang seterusnya...kalau mati jugak,memang benarlah pantang larang ni...Wallaualam..
kat bawah ni gambar anak-anak kucing tuu..




Antara ketiga-3 ekor anak kucing ni,yang warna kuning+hitam tu yang mati...da le comel...huhuhu.orang cakap,yang patah tumbuh yang hilng berganti..begitu juga dengan kehidupan...apa yang kita ada,tak semestinya akan kekal...tetapi apa yang kita hilang,in shaa Allah,akan ada galang gantinya...sekian untuk entry kali ini..


jumpa lagi...daaaa~


Siapa itu EM??

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:


Assalamualaikum...

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.. :)

Entry kali ni agak berbeza sedikit berbanding sebelumnya sebab NAM nk berCerita sikit tentang someone ni...bunyi cam someone special je kan...actually NAM nak tentang artis baru ni...nama dia En.Muhammad Mimpi Bin Abdul Kassim...pelik kan?? mesti korang da pernah dengar nama ni kan..tapi dikenali dengan nama Encik Mimpi la..lebih singkat lagi dikenali sebagai EM..So,mesti korang tertanya-tanya kan, apa kaitan EM dalam entry kali ni...sebenarnya, xde kaitan pun...juz nak memperkenalkan artis baru yang sedang meningkat naik namanya dalam dunia hiburan..NAM suka dengar lagu-lagu EM..dari lagu yang dicipta sendiri,sampailah lagu yang 'dikomersialkan' iaitu lagu 'Rindukanlah'. paling suka lagu yang pernah dicoverkan oleh EM iaitu 'Hadapi Dengan Senyuman;'..lagu ni memberi inspirasi sangat bila kita rasa down..mungkin ada yang tak mengenali EM kan..alaa..artis yang bertopeng tuu..bukan  Bandi Amuk lak..tak kenal jugak?ok..kat bawah ni ada gambar EM...opps..Wahai ENCIK MIMPI...maaf ek terCuri gambar n terLetak PIC awak kat cini tanpa izin..hehehe..
ni la Enci Mimpi yang Comel gitu..heeee~Siap ada Lesung pipit lagi...

ok la..rasanya da panjang dan entry ni...semoga hasrat tengok EM perfom live tercapai...aamiin.. :)




HADAPILAH DENGAN SENYUMAN,SEMUA YANG TERJADI,BIAR TERJADI...HADAPI DENGAN TENANG JIWA,SEMUA KAN BAIK-BAIK SAJAA....


jumpa lagi...daaaa~

Tuesday, April 22, 2014

A new life to beginning...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:


Assalamuaalaikum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...
alhmdulillah...setelah sekian lama NAM 'bersara' daripada menuis blog..sudah tiba blog ni kembali aktif..huhu..cam skema je ayat ni... seperti title kat atas tu, 'A new life to beginning', In sha Allah NAM akan update sesuatu yang menarik bermula hari ini... even bz cmne sekalipun, NAM akan setia dengan blog NAM ni... :) semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada apa yang bakal dikongsi... tu je setakat ni...

jumpa lagi...daaaa~