Saturday, September 12, 2015

Ahmad Ammar

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

Terlalu lama menghilangkan diri dari dunia blog, tertiba hari ini terlintas untuk memunculkan diri seketika dan menghiasi wall ini dengan suatu perkongsian...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar pada saat ini dan bernafas dengan bebas tanpa sebarang alat bantuan penafasan...syukur pada yang Esa..

hari ni NAM terdetik nak throwback berkaitan seorang mujahid bernama Ahmad Ammar.. setelah hampir dua tahun Ammar meninggalkan kita, NAM pasti masih ramai yang mengingati insan yang berhati mulia ini.. Ya Allah..betapa rindunya diri ini pada Ammar lebih-lebih lagi apabila membaca dan menghayati peribadi mulia Ahmad Ammar yang terlalu banyak untuk dibilang...betapa untungnya ibu bapa Ammar kerana dipinjamkan insan ini selama 20 tahun...

Mungkin pada saat ini nama Ahmad Ammar sudah jarang disebut, namun ketahuilah bahawa pemergian Ammar telah banyak memberi kesan khususnya kepada golongan muda yang mahu berubah..bukan itu sahaja, pemergian Ahmad Ammar telah menjadi titik permulaan kepada anak muda untuk lebih mendalami ilmu sejarah.

setiap kali membaca buku dan menonton klip video Ahmad Ammar, rasa sebak menusuk sanubari...terkadang air mata mengalir tanpa sedar menghayati perjuangan anak muda yang bernama Ahmad Ammar..andaikata Ammar masih hidup, mungkin hari ini, Ammar menjadi ikon kepada golongan muda dalam menyebarkan dakwah..tetapi Allah lebih sayangkan Ahmad Ammar..

Ahmad Ammar,
diri ini tidak mengenali dirimu sebelum ini...
namun apabila membaca dan menghayati perjuamgan yang engkau lakukan,
terasa diri ini lebih mengenali siapa itu Ahmad Ammar...
semoga dirimu dibawah payungan rahmat.. Allah S.W.T
Ahmad Ammar..semoga rohmu tenang di alam sana..AL FATIHAH...




Image result for ahmad ammar