Monday, February 29, 2016

TUNANGKU TIDAK TAMPAN

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...

Alhamdulillah.. walaupun lama tidak meng'updatekan' blog ni.. hari diberi kesempatan seketika untuk menulis..

Berbalik kepada tajuk, hari ni NAM nak preview novel TUNANGKU TIDAK TAMPAN KARYA AHMAD RUSYDEE.

Sebenarnya sudah lama NAM khatamkan novel ni.. baru hari ni terdetik nak preview.

Bagi NAM novel ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. novel ni berbeza dengan novel yang ada di pasaran.. Tajuk pun tak se'gah' dengan novel sekarang. Mungkin ramai yang tak menemukan novel ni kat pasaran sebab novel ni hanya dijual online secara direct dari owner.

Harga yang mencecah Rm 57 termasuk postage is affordable jika nak dibandingkan kandungan ilmu yang terdapat di dalamnya.

NOVEL ni mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah bernama Zam yang mempunyai disiplin yang agak teruk di sekolahnya sehinggakan ramai guru termasuk pengetua membencinya. sehinggakan suatu hari, terdapat satu peristiwa yang menyebabkan wajahnya mempunyai parut kekal. peristiwa tersebut melibatkan 'Teacher' di sekolahnya. Akibat daripada hayunan buku oleh Teacher, buku tersebut terkena cermin tingkap nako, yang menyebabkan cermin itu tertoreh pada wajah zam..Peristiwa ini telah menyebabkan Teacher rasa bersalah dan kerana tanggugjawab, Teacher ingin merawat wajah Zam tetapi ditolak.Keperibadian Zam telah berubah hampir 30 darjah selepas bertemu abang jaga di sekolah dan keperibadian Zam yang betul-betul mahukan syurga telah menambat hati Teacher, sehinggalah hadirlah cik YUYU dalam hidup Zam..


Banyak kisah menarik dalam novel ini yang perlu kalian dapatkan..





image daripada google..