Saturday, November 29, 2014

Tabahlah wahai hati...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...

Lamanya tak menulis kat cni.. da berhabuk blog NAM ni..( sambil tiup habuk-habuk yang ada)..

NAM sebenarnya rindu nak balik kg... :( sob...sob..

Dalam 1 bulan je lagi.. tapi rasa lama je sebulan tu... ye la.. tempat ni bukannya jauh sangat...bukannya kat OVERSEA kan... kadang2 NAM fikir jugak, camnelah perasaan mereka yang kat OVS tu dapat menahan rindu pada kg kan?? kdg2 ada yang x blik bertahun-tahun... :(

2 minggu lately, banyak benda yang NAM da lepas... ngan assigmentnya bertimbun-timbun... alhamdulillah, nasib NAM dapat hadapi semua tu dengan mudah..even sangat stress sesangatttt!.. sampaikan tidur pun x tentu.. sakit kepala turut mengganggu prestasi...hehe..Lepas ni bz ngan camping and study week lak... Final EXAM around the corner... lg lah stress... 

Doakan NAM ngan kawan-kawan yang lain tabah dalam mengharungi hidup as a student...  Mohon doa sahabat-sahabat sekalian.. :)



jumpa lagi~daaa






Thursday, September 11, 2014

I am senior :)

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...


HEYY!! a long time i leave my blog here.. really miss my blog.. many things that happend for 3 month ago.. time flies~ and i felt it juz a moment..
Now, NAM da jadi Senior...hehe, but i'm still look young :P.. bergelar pelajar tahun 2 menjadikan kita semakin matang.. bila throwback balik masa first year dulu memang agak lucu untuk dikenangkan..hehe... banyak kenangan yang kadang-kadang terlintas kat fikiran, "betul ke aku pernah buat semua tu"...tapi, perkara tu la yang menjadi kenangan yang sukar untk kita lupakan dalam hidup. cabaran masih banya menanti di hadapan.. kena bersedia dari awal.. New sem, mestilah spirit pun kena new kan.. rumet pun new.. NAM harap Allah permudahkan segala urusan NAM sehari-hari... doa-doakanlah diriku...
Tahun satu sudah lepas, 3 tahun masih menanti.. 3 tahun?? dengar seakan lama je masa tu, tapi pejam celik pejam celik, tengok-tengok da tahun akhir...in shaa allah kalo panjang umur, harap-harap dapat menghabiskan pembelajaran kat sini.. :) aamiin...
Menuntut ilmu tu penting... bukan untuk kepentingan dunia semata, tetapi untuk akhirat jugak.. :) apa-apa pun yang kita buat, niat kerana Allah(lillahitaala), pesanan untuk diri NAM jugak.. jangan fikir nilai kita di mata manusia, tapi fikirkan nilai kita dimata Allah... in shaa Allah... mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT...



I AM   .........





Sunday, June 22, 2014

.....

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...

Rindunya my blog so much~~

HUH!!..Take a few minute to think about what i wanna share... no idea... all of my idea was thrown on my examination paper sheets... 2 weeks ago, i feel rather tired and felt like i don't have anytime to spend here..oh really true.. all my time i'had spend and focus to my final exam...and my exam is not over at all..one paper left and after that freedom will belong to me and i'll be 'princess for a  while'...huhuhuhu...how nice i am... but, this week i got a suffer to face a week without activities, just spend time in room alone, sleep, eat is be my first rountine day.. i hate this damn much.. :( feel like i wanna back to my hometown as soon as possible.. meet my big families,my mom, my siblings,my little brother, my pets can make me forget about my life as a student...having a movie at home and forget about book for a moment is a best thing i will have...

Saturday, May 24, 2014

I am stalker...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...


Selamat pagi... today...i would to talk about..jeng...jeng..jeng..

I AM STALKER.. NAM pun tak tahu apa maksud 'stalker'....huhuhuu.. tak pe la...just forget it...
kadang-kadang..pernah tak tanpa sengaja kita stalk seseorang tu kat laman sosial...tak kisahlahh kat fb ke, kat blog ke, kat ig ke, twitter ke dan kat mana-mana?? takkan tak pernah kot....tipu dosa... NAM secara jujurnya 'stalker' yang baik.hehe.ada orang cakap stalker ni maksudnya 'penyibuk'..betul ke?? Bagi NAM la...tak kot...  NAM stalker bukan sebab nak jadi penyibuk...contoh NAM la..NAM suka stalk blog someone...sebab NAM nak menambahkan ilmu...melalui cerita yang mereka kongsikan, at least NAM dapat sesuatu...hidup manusia itu berbeza..melalui pengalaman seseorang, kita dapat jadikan pengalaman mereka sebagai contoh dan teladan..seperti juga kita menonton cerita..kita bukan juz sekadar menonton je...mesti terdapat nilai yang ingin ditonjolkan dalam cerita tersebut kan....jadi, janganlah kita salah anggap dengan tajuk NAM kat atas tuu... tu je NAM nak kongsikan.... have a nice day .. :)



Wednesday, May 21, 2014

Mencari KeredaanNya...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...
NAM nak spend sedikit masa dekat sini... Alhamdulillah.. semua assigment untuk sem ni da settle... syukur kepada Allah.. harap2 Allah Lembutkan hati Semua Lecturer untuk bagi A dalam semua assigment yang dihantar...aamiin... Pagi ni NAM nak kongsikan tentang Usrah.. banyak tempat kita boleh pergi untuk mendapatkan ilmu..salah satunya usrah..Usrah merupakan salah satu tempat untuk kita mendapatkan ilmu... usrah dalam bahasa Arab bermaksud Keluarga.. :)..sebagai istilah, usrah maksudnya satu program yang dianjurkan oleh sekumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati islam.. (ayat da macam essei) hehe..

melalui usrah, bukan setakat mendapatkan ilmu, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim, berkongsi pengalaman, dan mengeratkan ukwah yang terjalin.sebab apa? apabila kita berusrah, kita akan duduk dalam bulatan..dan kita akan dapat berkongsi pandangan, pendapat, cerita dan apa-apa je yang boleh bagi kita ilmu.. Usrah tak semestinya untuk USTAZAH...kita yang biasa-biasa ni pun boleh join... :) maksudnya semua orang boleh jadi baik..In Shaa Allah...sebagai peringatan, termasuk NAM, kalau kita ada kesempatan, joinlah majlis-majlis ilmu yang diadakan...mudah-mudahan melalui majlis ilmu ni, kita mendapat rahmat dan keberkatan Allah S.W.T... :)





Wednesday, May 14, 2014

create your Dream :)

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...

Malam ni NAM nak cerita berkaitan impian... bila bercakap tentang impian, mesti terbayang-bayang kat kepala apa yang kita impikan kan??hehe...pandai je NAM guess... sebenarnya memang kat dunia ni kita tak boleh nak gapai semua impian yang kita nak,tapi tak salah kalau kita menyimpan sebuah impian... NAM pun punya banyak impian... salah satu cara NAM luahkan impian NAM adalah menulis semua impian tersebut di atas kertas..bila kita dah tulis kesemua impian yang kita nak dalam hidup, simpan ia kemas-kemas... kadang-kadang ada impian yang NAM anggap NAM tak dapat kecapi, tapi dengan izin Allah, impian itu tercapai.. percayalah.. anggaplah apa yang kita tulis tu sebuah doa yang berpanjangan... let's try... tak salah kita menyimpan impian.. bila kita ada impian, seolah-olah kita ada target untuk terus maju ke hadapan... melalui target ni la yang menaikkan semangat kita untuk terus berjuang dan melangkah dalam mengejar impian tersebut...tulis la apa yang kita nak bermula dari sekarang dan akan datang... melalui situ, kita dapat lihat sejauh mana pencapaian kita dalam mengejar impian yang diimpikan... :)  sebenarnya diri kitalah yang menentukan sama ada impian yang kita impikan tercapai atau tidak..




wish your dream comes true :)




daaaa!~


Saturday, May 10, 2014

Pengalaman mematangkan Seseorang...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...

Allhamdulillah..baru ada masa untuk update blog pd mlm ni...al maklumlah,sminggu dua ni, NAM tersangatlah bz dengan event yang ada.. sempena Temasya Olahraga Tahunan (TOT), yang berlangsung... NAM jugak tak lepaskan peluang untuk join TOT ni...tapi..bukan sebagai atlet...malam ni NAM nak berdiskusi  nak share about exprience.. NAM masuk TOT ni pun sebab nak dapatkan pengalaman..dan ternyata pengalaman yang NAM dapat memang berbeza seperti sebelum ni.. NAM belajar tentang semangat dan tidak mudah give up... kalau NAM give up time tu...NAM mesti tak dapat pengalaman nii...mesti tertanya-tanya...apa kaitan pengalaman dengan semangat kan? LET I'M TELLIG U...  masa training, kta kna fokus betul2 apa yang sedang kita buat..jadi kat cni, jika kita x fokus, kita takkan dapat follow..bila tak dapat nak follow up, kita akan rasa down n give up...bila da give up.secara automatik, kita akan rasa nak tarik diri...bila tarik diri...kita tak akan dapat la pengalaman..panjang lebar lak cerita dieerr.... :) sebagai manusia, kita memang tak dapat nak beli pengalaman...tapi kita boleh dapat pengalaman melalui wang(bayaran)..pernah tak dulu kat sekolah, kalau ada apa-apa aktiviti like hiking,camping,vocation, n etc  kat mana-mana, mesti ada kawan yang cakap.."jom la join..tak rugi pun...peluang hanya sekali, mahal sikit pun takpe ,yang penting kita dapat pengalaman.." right??
tu la yang NAM maksudkan bhwa kita boleh dapat pengalaman melalui wang, bukan dibeli melalui wang...faham?? :) so,NAM sarankan la,temasuk NAM jugak, join la apa-apa aktiviti yang dianjurkan selagi ada peluang, sebab peluang hanya datang satu kali dalam setiap masa..kutiplah sebanyak mana pengalaman dalam hidup kerana dengan pengalamanlah kita dapat mematangkan diri kita dan mengajar diri kita ke arah yang lebih baik..dan sesungguhnya pengalaman itu merupakan GURU YANG TERBAIK...HAVE A NICE DAY....Daaa~




Friday, May 2, 2014

KECEWA....

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...


NAM sebenarnya tak tahu nak update apa...mungkin sebab xde idea perhaps...papepun, NAM nak meriah  penuhkan blog NAM dengan sesuatu yang berfaedah... :)

Let go to the title..
KECEWA.... kita semua pernah kecewa kan...tpulah kalau cakap diri tu tak pernah kecewa...bila kita kecewa, mesti kita rasa frust...rasa tak tenteram, feel down and Whatever... TAPI, pernah tak kita fikir kenapa kita yang kecewa?? kita yang kena lalui semua cubaan, dugaan dan all about challenges in life?? of couse right?...cuba kita fikir balik...kenapa Allah pilih kita?? kenapa perlu kita?? kenapa?? absolutely ALLAH nak bagi sesuatu buat kita...ALLAH bagi ujian tanda DIA sayang...DIA rindu nak dengar kita mengadu pada-NYA..IN sha ALLAH..bila kita reda,terhadap sesuatu perkara, akan ada ganjarnnya buat kita..





Thursday, May 1, 2014

Ahlan wasahlan Ya Rejab...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...


Salam Jumaat...(3.12 a.M)

Hari ni hari khamis( 1 Mac) bersamaan 1 Rejab) ..tapi sekarang da pagi...so, da pagi jumaat la... so,hari ni cuti sempena Labour Day.. NAM bukan nak cerita sal labour day or 1 Mei, tapi NAM nak kongsi info tentang Bulan Rejab ni.. lepas bulan Rejab, Sya'ban, lepas Sya'ban bertemulah kita dengan Bulan Ramadan..In sha ALLAH.. SEBENARNYA bulan Rejab mempunyai banyak kelebihan..sesetengah daripada kita tidak menyedari akan kedatangan bulan Rejab berbanding bulan Sya'ban, Ramadan dan Syawal.. sama-sama lah kita membaca info yang NAM petik daripada blog http://dakwah.org/blog/?p=393... semoga apa yang disharekan dapat memberi manfaat buat kita bersama...

Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.
1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.



Wednesday, April 30, 2014

Menangislah andai perlu...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

This week NAM rather bz... a lot of assigment need to do( IS DOING ASSIGMENT)... but i will spend a moment to post something here. :)

ok..berbalik kepada tajuk 'Menangislah andai perlu'...  semua orang kat dunia ni MESTI akan menangis.. tak kira la tua, muda,lelaki @ perempuan, kita semua pasti akan mengalirkan air mata dan yang unikya air mata kita  akan keluar mengikut situasi tertentu...bila sedih, kita menangis, bila terlalu gembira, kita pun akan menangis..kadang-kadang, tanpa sebab pun kita akan menangis..right?? maksudnya disini, tidak semestinya air mata tu mengalir apabila kita bersedih je... tetapi menangis itu disebabkan banyak faktor... ada orang menangis apabila putus cinta, ada orang menangis bila jari terluka,ada orang menangis sebab mendapat kejayaan...
kalau nak mention semua faktor,memang takkan habis...heee~

Sebenarnya Allah ciptakan air mata ni bersebab.. apabila kita mempunyai masalah, dengan menangis, ia mampu menghilangkan stress dan mampu membuatkan kita berasa lega. apabila kita menangis, seoalh-olah masalah yang kita ada lenyap seketika.. sekurang-kurangnya hati kita akan kembali tenang selepas menangis.. menangis juga banyak kelebihan yang lain..ia seolah-olah penawar untuk merawat hati nan lara (ceh...ayt)

Disini, NAM ada dapatkan info mengenai menangis..jom baca :)



Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang dapat membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat tetes mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 menit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis bisa mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membina komunikasi
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada sahabat-sahabatnya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis dengan penuh penyesalan.





Friday, April 25, 2014

BK..

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

Malam ini,NAM Iingin menyeru anda semua membaca satu blog hangat yang menceritakan pelbagai keterkaitan   ulasan mengenai rentetan perkara yang berlaku setelah hilangnya MH370...blog tersebut ditulis oleh seorang blogger yang menggunakan nickname  bradokapak iaitu seoarang Freelance Internet Marketer.Bagi NAM,blog ini banyak memberi informasi dan teori yang amat berbeza dan akan memeningkan kepala sesiapa yang membacanya sekiranya mereka membaca dipertengahan jalan cerita...,mengikuti dan menganalisis maklumat yang dikongsikan menyebabkan NAM berfikir sejenak..sukar untuk menjelaskan apa yang kita tafsirkan dan apa yang cuba untuk kita luahkan...fakta atau auta??NAM sendiri kurang yakin..tetapi.NAM cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan disamping menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hal-hal yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku.. untuk mendapat lebih informasi,layari blog http://dramaraja.blogspot.com/2014/04/obama-jumpa-bersih-suhakam-dan-majlis.html

Thursday, April 24, 2014

MENGKUDU DAN KHASIATNYA

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...


Bertemu kembali..

Alhamdulilah...syukur kepada Allah NAM dan sahabat-sahabat yang lain telah selesai present tugasan kami berkaitan penggunaan herba dalam perubatan tradisional mengikut etnik..

NAM dan sahabat-sahabat memilih untuk mengkaji tentang khasiat mengkudu dan penggunaanya dalam perubatan tradisonal..serius NAM cakap,tanpa kita sedar,tumbuh-tumbuhan yang berada disekeliling kita sebenarnya amat bermanfaat dalam kehidupan.MAHA Suci ALLAH yang menjadikan sesuatu yang mempunyai kepentingan masing-masing..cuma...ramai yang tdak menyedari dan mengkajinya...di bawah ni sedikit info mengenai mengkudu.











LATAR BELAKANG POKOK MENGKUDU

Mengkudu atau lebih dikenali sebagai Noni (bahasa Hawaii) merupakan sejenis tumbuhan yang biasa ditemui di kawasan tropika.Mengkudu merupakan buah asli dari daerah Asia Tenggara. Mengkudu, secara amnya boleh dikatogerikan kepada 2 jenis yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Tumbuhan ini juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agar sukar ditemui.

Di negara Eropah mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga dipanggil chees fruit kerana baunya menyerupai bau keju sudah dimasak. Tanaman mengkudu termasuk dalam kelompok rubiaceace. Buah mengkudu dikenali  dengan nama-nama yang berbeza di setiap negara, antaranya Nono (bahasa Tahiti), Nonu (bahasa Tonga), ungcoikan (bahasa Myanmar) dan Ach (bahasa Hindi). Biasanya pokok mengkudu ditanan di kawasan pinggir hutan dan berdekatan peparitan dan sungai.

Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15 sehingga 20 kaki. Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasanya dijadikan kayu api atau bahan bakar. Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal. Tumbuhan ini kaya dengan vitamin A. Bunganya pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Buahnya sebesar telur ayam bagi mengkudu kecil dan permukaannya agak berkerutu.

Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benihnya. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan. Tumbuhan ini akan bercambah setelah 3 sehingga 9 minggu setelah disemai. Tumbuhan ini akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.
  


KHASIAT POKOK MENGKUDU
Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan di kepulauan Pasifik Selatan, kemudian di China dan di India. Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua olh tentera yang berada di kepulauan Polinesia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan. Di kepulauan Carribean, mengkudu dikenali sebagai pain killer three dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam bengkak dan terseliuh. Di negara kita Malaysia buah mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing (kencing tidak lawas), senggugut dan pendarahan.


Daun mengkudu biasanya dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin bagi memulihkan kecerdasan badan. Daunnya biasanya dijadikan alas batu tungku, dipercayai dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin. Kajian yang dilakukan seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr. Isabella Abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetis dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan melambatkan proses penuaan.




setakat tu je yang NAM dapat kongsikan...

jumpa lagi~daaa 

Masuklah form 6... :)

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

salam jumaat NAM ucapkan..
Pada entry kali ni, NAM nak bercerita sikit sal form6...NAM pun ex-form6 student jugak..sekarang ni mesti ada antara adik-adik yang dalam dilema kan..tak tahu nak tuju ke mana selepas SPM...yang da dapat matrik,mesti wat keputusan nak masuk matrik...habis, yang tak dapat kemana-mana ni camna?tu laa...cam title kat atas tu...pada pendapat NAM la,adik-adik masuklah form 6..NAM rasa form 6 more better than matrikulasi(2 tahun) and politeknik(3 tahun)...sebab apa,ni pendapat peribadi NAM sendiri la,form6 sekarang da maju... sistem die tak macam dulu..dulu modular,sekarang semester(kalau tak silap NAM)..SEKARANG da upgrade cam matrikulasi..lagi pun,form6 pun hampir 2 tahun jugak...banyak kelebihan masuk form6..even agak tough,tapi,kalo berusaha,in shaa Allah dapat peluang masuk universiti..tapi kalau pergi politeknik,lepas 3 tahun baru dapat DIPLOMA...kalau form6,lepas 2 tahun(lebih kurang), sijil die da sama level dengan diploma n da boleh sambung degree kat universiti kalo result gempak..nak selamat dapat 3.00 above..manakala kalau matrik(2tahun), if tak dapat follow,n ditendang keluar,balik dengan tangan kosong la...tapi, NAM tak halang korang semua nak masuk politeknik..atas minat masing-masing la..macam NAM cakap tadi la..juz my opinion..your decision in your hand.. :) 

kat bawah ni NAM ada copy dari sumber kat blog jugak...boleh buat revision..gud luck :)




Matrikulasi
1.Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. atau akan di tendang.(Contra)
7.Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Asasi / Foundation
1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Diploma
1.Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
3.Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro) 4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)  

Tahmidi (USIM)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

Tingkat 6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)

 Sijil
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro) 3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account. 5.Tidak digalakkan ambil Sijil.

Kerana Mereka Bukan Sahabat...

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...

harap-harap semuanya sihat walafiat...

Malam ni NAM nk bercerita tentang Persahabatan..even assigment  berlambak banyak yang perlu disiapkan, tapi..demi blog tercinta(x sayang pun), NAM sanggup korbankan 2-3 minit untuk post something here..
Dalam hidup ni,kita mesti mempunyai sahabat kan??tak kiralah sahabat ke,kawan ke,teman ke, yang pasti,mesti ada seseorang yang menceriakan hari kita dengan gelak ketawa mereka..tanpa mereka,mesti hidup kita akan sunyi..selain daripada ibu bapa kita,adik -beradik kita,mereka juga menjadi insan terpenting..lebih-lebih lagi...kalau yang tinggal berjauhan dengan keluarga..merekalah tempat kita menumpang kasih dan sayang,tempat mengadu segala hal,tempat kita bermanja dan tempat kita meminta pertolongan...tanpa mereka,kita mungkin kesunyian.NAM pun punyai 'mereka'...NAM tak anggap pun 'mereka' sahabat NAM..mereka sangat baik dengan NAM...selalu buat NAM rasa bahagia...'mereka'lah tempat NAM bergantung harap saat berjauhan dengan insan tersayang...walaupun NAM tak anggap 'mereka' sahabat,NAM TETAP sayang mereka...sayang sangat..NAM tak pandai nak menzahirkan menunjukkan bagaimana NAM sayang mereka sebab Mereka bukan Sahabat NAM TETAPI 'MEREKA' adalah lebih dari seorang SAHABAT..mereka adalah SAHABAT SYURGA..NAM da anggap mereka macam Adik-beradik NAM.. 

I REALLY LOVE YOU ALL :)

'MEREKA' :YATIE,MAS,HAZIRAH,WARDAH,LINDA,FATIM,FAIZATUL