Wednesday, December 28, 2011

SaMbUNgan TanGisaN GeMbIRa DalAm dUka


Surat yang dulu ku anggap tidak penting kini banyak mendatangkan kesan positif dalam hidupku.Walaupun isi kandungannya surat itu hanya tulisan tangan seorang wanita,namun penangannya begitu menakjubkan.Aku seolah terpukau dengan isi kandungannya.Aku bersyukur kerana Allah telah menghantar bidadari terindah dalam hidupku.Damia Husna.Ya!.Itulah bidadari yang banyak mengubah hidupku kini.Kini aku merasakan aku kembali dekat dengan Allah.Aku merasakan diri ini begitu hina dengan segala dosa yang aku lakukan.Aku juga sudah lama tidak menunaikan solat.Sekarang,aku telah menemui sinar kebahagiaan yang sebenar.Aku menjadi tenang apabila sujud pada Ilahi.Ya Allah!,ku bersyukur kepadaMu kerana memberikanku sinar petunjuk yang telah hilang.Alhamdulillah.

********

"Sha tak dapat join kau orang study petang nanti.Sha nak pergi shopping ngan ibu"Kata-kata Sha masih tergiang-giang di telingaku.Seolah-olah memberi peluang,aku mengambil kesempatan ini untuk membuat kejutan pada Damia.Hampir sebulan mengenali Damia,aku terasa sungguh bahagia dengan kehadirannya disisiku setiap hari.Hidupku juga kian berubah.Mama dan along kembali mesra seperti dahulu.Cuma abah yang masih tidak berubah.Aku amat merindui abah,namun,tiada siapa yang mengetahuinya.


Petang itu,aku ke taman.Tibanya aku di sana,aku melihat Damia sudah berada di situ.Melihat Damia yang tekun mengulangkaji pelajaran,aku lantas mengampirinya dalam diam."Eh,apa ni?ni siapa?"laung Damia secara tiba-tiba."Sshh....Jangan bimbang,ni Faris la Mia.Faris ada sesuatu nak tunjukkan pada Mia."bisikku sambil menutup mata Damia dengan sehelai kain hitam.Damia hanya mengangguk tanda mengerti.Aku mengarahkan Damia bangun  dan mengikutiku secara perlahan-lahan.Aku memimpinnya berjalan menuju ke sisi taman.'Sekarang Mia boleh buka mata Mia"ujarku sambil membukakan kain yang menutupi matanya.Damia membuka matanya perlahan-lahan."wah!comelnya..."Damia terkejut melihat dua ekor anak arnab berwarna putih berlari-lari dihadapanya."Mia suka?"tanyaku sambil memegang erat anak arnab tesebut."Suka sangat"ujar Damia."Sekarang,Faris nak Mia kasi nama untuk anak arnab ini"pintaku."Ha...Mia ada idea."jawab Mia dengan selamba."Apa kata yang ni Mia kasi nama Danny,yang tu Mia kasi nama Dammy?"Mia meminta pendapatku.."eh!macam nama kita berdua je"aku terkejut dengan kebijaksanaan Mia.Aku akhirnya melepaskan ketawaku diikuti pula dengan ketawa Damia.Akhirnya gelak ketawa kami memecahkan kesunyiaan taman itu.

Selepas membiarkan anak arnab tersebut bermain-main di  dalam taman,aku mengambil keputusan untuk membiarkan mereka tinggal disitu.Kemudian,aku dan Damia kembali ke bangku.Selepas habis mengulangkaji pelajaran,Aku sekali lagi membuat kejutan pada Damia.Aku lantas mengeluarkan gitar kesayangku lalu memetiknya sambil mendendangkan lagu"SAAT TERAKHIR" buat Mia.Tanpa disedari,tiba-tiba air mata Damia jatuh membasahi pipinya apabila aku mengakhiri nyanyianku.Aku terkejut melihat situasi tersebut."Mia,kenapa ni?kenapa Mia menangis?"tanyaku meminta kepastian."Mia....Mia ter..haru sangat dengan kejutan hari ini,sebab tu Mia menangis"ujar Damia tersesak-esak.Aku sedikit ragu-ragu dengan jawapan tersebut namun aku cuma endahkan sahaja apabila Damia meminta diri untuk pulang.Tanpa disedari,gelagat aku dan Damia sedang diperhatikan oleh seseorang.

********

FARIS,Sha rindukan Faris yang dulu.Faris yang manis dengan senyuman.Sha rindukan zaman kanak-kanak kita.Sha rindu sangat dengan kenangan dulu-dulu.Faris...Sha nak Faris tahu yang Sha amat sayangkan Faris.Sha pernah ukir nama kita berdua dekat taman.Sha yakin Faris mengetahuinya,tapi Faris tak pernah memahami Sha.Ukiran F&F(Faris & Farhana) masih terukir indah  pada pokok tersebut.Faris,Sha selalu pergi sana,Sha tak nak kenangan kita hilang..:(

FARIS DANIEL,SHAHIRA FARHANA SAYANG KAMU....


Shahira Farhana meluahkan apa yang terbuku di hati dalam diarinya bersama linangan air mata.Shahira Farhana begitu sedih melihat keakraban antara Faris dan Damia di taman seminggu yang lalu.Shahira Farhana kecewa apabila Faris memberikan kejutan pada Damia.Namun,pada masa yang sama,Shahira Farhana tidak mahu meragut kebahagiaan Damia kerana dia amat menyayangi Damia Husna yang mula menjadi sahabat karibnya.Segala rahsia Damia juga tersimpan rapi dalam hatinya.Benar kata orang,apabila kita sayangkan seseorang itu,kita sanggup mengorbankan orang yang kita sayang demi melihat dirinya gembira,Begitu sucinya  hati Shahira Farhana.


"Sha,kawan kamu datang!'laungan ibu Sha  mengejutkannya dari lamunan."siapa bu?Sha bertanya dengan hairan."Damia"ujar ibu Sha sambil membenarkan Sha masuk ke dalam rumah."Suruh Mia tunggu di bilik Sha,Sha nak ke toilet."Sha lantas menyorokkan diarinya di bawah bantal lalu keluar dari biliknya untuk ke tandas.Shahira sengaja ke tandas kerana mahu menghilangkan segala tanda yang menampakkan dia sedang menangis.Selepas mendapat keizinan,Damia berjalan perlahan menuju ke bilik Shahira.Setibanya di sana,Damia duduk disisi tilam sambil menunggu kedatangan Shahira.Ketika asyik melihat keadaan sekeliling,tiba-tiba Damia terbaca beberapa patah ayat yang tertulis dalam diari Shahira yang terselindung di bawah bantal."FARIS DANIEL,SHAHIRA FARHANA SAYANG KAMU...."Damia mengulangi ayat tersebut beberapa kali di dalam hati."Maafkan Sha buat Mia menunggu lama"Kata-kata Sha membuatkan Damia tersentak seketika."Eh,tak mengapa Sha"ujar Damia yang masih terkejut dengan kedatangan Shahira secara tiba-tiba.Damia membetulkan duduknya.Dalam hati,Damia berdoa agar Shahira tidak menyedari kesalahannya yang tidak sengaja itu tadi."Ya Allah,ampuni hambaMu ini.Sesungguhnya,hamba tidak sengaja membacanya."Desis hati Damia.Selepas habis berborak, Damia meminta diri untuk pulang lalu menyerahkan sesuatu kepada Shahira.

********

Hari berganti hari,bulan berganti bulan,hampir tiga bulan aku mengenali Damia.Sejak beberapa hari ini,aku melihat Damia sering tidak hadir ke sekolah.Aku merasakan ada sesuatu terjadi kepada Damia.Namun,aku tidak pasti sebab sebenar ketidakhadiran Damia ke sekolah.Shahira juga sering mengelak apabila aku bertanya mengenai Damia."Mia tidak sihat,barangkali deman"jawab Shahira.Hanya jawapan itu yang aku dapat.Petang itu,aku nekad ke rumah Damia.Aku nekad!

"Assalamualaikum"Aku segera memberi salam setibanya aku di rumah Damia.Salamku dijawab beberapa minit kemudian."Cari siapa nak?"Tanya seorang wanita yang baru sahaja keluar dari muka pintu."saya kawan Mia.Mia ada?"aku membalas pertanyaannya."Oh non Mia..non  Mia...non Mia enggak ada.Dia pergi sama papanya,baru aja."Jawab wanita tersebut secara teragak-agak sambil memandang ke arah pintu.Aku sedikit hairan."Kalau macam tu,tak apalah.Saya pulang dulu"Ujarku sedikit kecewa lalu mengangkat kaki untuk pergi."Kamu ada pesan untuk ibu sampain ya?"Laungan wanita tersebut memberhentikan langkahku."Oh!Em,Enggak ada kot buk,ma kasih ya"Aku bersuara meniru loghat indonnya.Wanita tersebut tersenyum lalu ku membalas snyumannya dengan hambar.Langkah kakiku terasa amat berat untuk melangkah."Terima kasih bibik"Ujar Damia sambil memeluk erat bibiknya selepas pemergiaanku.Rupa-rupanya Damia ada dirumahnya pada saat kedatanganku!


Aku berjalan hambar sambil menggalas beg yang berisi gitar kesayangku di dalamnya.Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk singgah di taman buat seketika.Aku duduk dibangku lalu mengeluarkan gitar.Sambil memetiknya,aku mendendangkan lagu"YANG AKU TAHU"untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku pada masa ini.

Sayang kamu ada di mana
hari ini tak ada kabarnya
sayang kamu ada di mana
jawab saat diriku bertanya

Kini engkau telah berubah
kau tak seperti yang biasanya
kini engkau telah berubah
kau tak seperti yang bisanya

Yang aku tahu
dulu kau tak begitu
tapi sekarang engkau berubah
kau membuatku terluka
apa diriku bersalah

Yang aku tahu
kamu menyayangiku
tapi sekarang kau tidak lagi
kau tinggalkan ku sendiri 
 di atas putaran bumi.


Akhirnya aku hanyut dalam dendanganku.Dalam diam,Damia memerhatiku di sebalik rimbunan pokok-pokok dalam taman sambil menangis."Faris,maafkan Mia..Mia tiada niat nak buat Faris terluka,tapi keadaan memaksa Mia..Mia terpaksa Faris..Mia tak nak Faris sedih dengan kedaan Mia sekarang ni.Desis hati Mia sambil menangis teresak-esak.Beberapa minit kemudian,Damia menyapu air matanya lalu berlari pulang.

********

Suatu hari Damia mengajakku bertemunya di taman.Aku sedikit  terkejut dengan pertemuaan yang diaturkan.Sudah Seminggu aku tidak berjumpa Damia di sekolah.Selepas pulang dari sekolah,aku terus ke taman.Setibanya aku di sana,aku melihat Damia sudah sedia menungguku sambil membelai-belai manja anak arnab Danny dan Dammy yang kian membesar.Aku tersenyum melihat gelagat Damia."Assalamualaikum my princess"Aku memberi salam dengan nada berbisik."Waalaikumussalam,eh,Faris,dah lama sampai"Damia terkejut dengan kedatanganku.Saat melihat Damia berpaling ke arahku,,aku seakan-akan  mahu menangis melihat keadaan Damia yang kelihatan semakin kurus dan pucat.Aku segera mendapatkan Damia di bangku."Mia,kenapa dengan Mia.Mia sakit?"Aku terus-menerus menyoalnya.Melihat keadaanku yang begitu risau,Damia hanya tersenyum dengan tenang.Aku tahu senyuman itu sengaja dibuat-dibuat.Matanya seakan berkaca.'Tak Faris..Mia cuma deman je..Jangan risau tentang Mia..Mia ok".Ujar Mia seketika." Mia nak jumpa Faris hari ni sebab Mia nak bagitahu Faris yang Mia nak pergi...."Mia meneruskan kata-katanya.Aku terkejut dengan jawapan itu."Mia nak pergi?Mia nak pergi mana?please...jangan tinggalkan Faris 
?Faris dah tak sanggup nak  berjauhan dari Mia"Aku seakan-akan merayu."Faris,Mia nak balik kampung Mia..Mia nak lawat kubur arwah mama Mia.Mia rindu arwah mama..rindu sangat..Maafkan Mia..izinkan Mia pergi.."Damia menjelaskan sebab dia mahu pulang ke kampung.Aku berasa berat untuk melepaskan Mia pergi walaupun hanya seminggu.Aku merasakan Mia akan Pergi untuk masa yang agak lama."Baiklah Mia.Ingat Faris selalu k.Faris nak Mia tahu...yang...Faris sayangkan Mia sangat-sangat.Faris tak boleh hidup tanpa Mia disisi Faris..."Tiba-tiba
dadaku menjadi
sebak  menyebabkan aku ingin menangis,namun ku tahan perasaan itu agar Damia tidak melihatnya."Mia juga sayangkan Faris..Faris adalah anugerah terindah buat Mia..Maafkan segala kesalahan Mia pada Faris..Mia juga nak Faris tahu,Faris adalah cinta hidup dan Mati Mia.Ujar Damia sambil air matanya menagalir dengan deras secara tiba-tiba.Damia lantas meminta diri sambil meyerahkan sebuah bungkusan berwarna putih."Mia nak Faris buka hadiah ni lepas Mia balik sini.Tunggu Mia dekat taman"Damia menghulurkan jari kelingkingnya sambil menyebut perkataan "janji".Aku hanya mengangguk dan menghulurkan jari kelingkingku,Akhirnya jari kami bertaut.Selepas itu,Damia berlalu pergi sambil melambai-lambai ke arahku."Aku hanya terdiam tanpa kata-kata.Badanku seolah-olah menjadi kaku.Lidahku pula seolah-olah begitu kelu untuk berbicara.Aku ingin menjerit,namun suaraku jelas tidak kedengaran.Baik-baik sayang.Hanya ungkapan itu yang terlintas dimindaku tika itu.

********

Aku
ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

Meski 
dah lama kita tak bertemu
Ku hanya memiliki kamu
ku hanya mencintai kamu

Aku rindu setengah mati
kepadamumu
sungguhku ingin kau tahu
aku rindu 
setengah mati
kepadamu.

Lagu tersebut sering aku dendangkan ketika Damia berada di kampungnya.Setiap hari,aku akan ke taman sambil menyanyikan lagu tersebut untuk menghiburkan hatiku yang dilambung ombak rindu.Aku begitu merindui Damia pada saat ini.Ya Allah!Aku betul-betul merindui dirinya. Aku rindu setengah mati.

********

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Hari ini,genap tujuh hari Damia pulang ke kampung.Pagi-pagi lagi aku bersiap-siap awal ke taman.Aku ingin menyambut kepulangan Damia dengan senyuman.Kebetulan,hari ini hari minggu.Setibanya di taman,aku bermain-main dengan anak arnab Danny dan Dammy.Melihat mereka semakin membesar,aku menjadi gembira.Dari pagi hingga petang,kelibat Damia tidak juga kelihatan.Namun,aku tidak mudah putus asa.Seusai solat Isyak,aku kembali semula ke taman dengan harapan Damia akan datang.Aku membawa bungkusan yang diberi Damia seminggu yang lalu.Aku menunggu dan terus menunggu.Jam menunjukkan hampir pukul 10 p.m.Aku meneliti bungkusan yang diberi oleh Damia.."Faris..."ujar suara tersebut."Mia..Mia dah pulang"aku membalas tanpa menoleh ke arah belakang.Mataku masih memerhati bungkusan tersebut yang kurasakan  penuh dengan misteri."Ini Sha...Bukan Mia"Kata-kata tersebut menyebabkan aku bangun lalu menoleh."Sha.mana Mia?Mia bagitahu dia pulang hari ini kan?,tapi kelibat Mia pun tak kelihatan"Tanyaku dengan kecewa."Faris...Sha ada sesuatu nak bagitahu Faris"Sha berkata dengan lembut."Apa dia Sha?"Seolah-olah tidak sabar menunggu jawapan Shahira."Sebenarnya....sebenarnya Mia tak akan pulang lagi.."Sha mematikan kata-katanya."Apa??...apa Sha cakapkan ni?Faris tak faham."balasku seolah-olah tidak mengerti maksud Shahira yang sebenar."Faris...Mia dah pergi.Mia dah pergi buat selama-lamanya..Mia tak akan kembali lagi..Mia dah meninggal dunia dua hari yang lepas Faris...Maafkan Sha kerana merahsiakan hal ni.Sha terpaksa merahsiakannya sebab ini amanat Mia..Mia tak nak Faris sedih..Mia dah lama menderita.Doktor bagitahu yang Mia hanya ada masa tiga bulan je untuk hidup.Penyakit barah usus Mia dah sampai tahap kritikal..Kita terpaksa mengikhlaskan pemergiaannya Faris..Biarkan Mia tenang......."Kata-kata Shahira terhenti disitu kerana sudah tidak dapat menahan sebak yang berkerocak di dada."Innalillahiwainnailarojiun..."hanya itu yang terkeluar dari mulutku pada saat itu.Aku jatuh terduduk di bangku.Begitu hebat dugaan yang Engakau berikan Ya Allah....Air mataku sudah tidak dapat dibendung lagi.Masing-masing diam seketika.Selepas keadaan kembali reda,Sha mengarahkan aku membuka bungkusan yang diberikan oleh Damia lalu menghulurkan sepucuk surat.Perlahan-lahan,aku mengoyakkan kertas putih yang membalutinya."Yassin"kata-kata itu mengejutkan Shahira.Air mataku kembali mengalir apabila aku melihat tulisan tangan Damia memenuhi ruangan muka surat di belakang halaman hadapan."Untuk yang tersayang,Faris Daniel,Bacalah surah ini apabila kamu merinduiku".Tiba-tiba,aku teringatkan surat tadi.Aku lantas membuka sampul suarat itu untuk membaca isi kandungannya..


Assalamualaikum..Buat insan yang ku sayangi,Faris Daniel:

Hari-hari bersamamu terlalu indah dalam diari hidupku.Terasa begitu cepat masa berlalu sehinggakan aku terlupa akan detik kematian yang bakal menjemputku.Faris,seandainya surat ini sedang dibaca olehmu ketika ini,mungkin jasadku telah selamat dikebumikan.Maafkan aku kerana merahsiakan penyakitku ini.Tidak sanggup diri ini melihat air mata membasahi pipimu tatkala melihatku jasadku diusung ke tanah perkuburan.Maafkan aku juga kerana membuatmu bersedih selepas pemergiaanku ini.Faris,seandainya aku pergi dan tak kembali,Aku mohon,kasihilah  Shahira seperti dirimu mengasihi diri ini.Gantikanlah diriku dengan dirinya.Ku percaya,dirimu akan bahagia suatu hari nanti.Faris..Ikhlaskanlah pemergianku ini..Semoga bisikan doamu akan sentiasa menemani tidur panjangku .Anggaplah  pemberian bungkusan itu sebagai hadiah hari jadimu.Selamat ulang tahun yang ke 17 tahun sayang.Maafkan aku kerana tak dapat meraikannya bersamamu .Faris, teruskanlah  perjuanganmu walaupun tanpa diriku disisi. Semoga cita-citamu untuk menjadi seorang doktor akan tercapai.Carilah penawar terhadap penyakitku ini agar tiada lagi yang menjadi korban.Cukuplah aku sahaja yang menderita kerananya.Selamat tinggal sayang.Kenangilah aku selamanya......



Yang menyayangimu setiap hari:
Damia Husna



Surat yang kubaca tadi terlepas dari genggaman.Aku meraung bagaikan orang gila.Ya!Aku memang gila.Aku gila kerana telah kehilangan orang yang aku amat sayangi.Aku menjerit memanggil nama Damia.Jeritanku membuatkan Shahira terkejut.'Damia!!!!!!!!kenapa Mia tinggalkan Faris...kenapa Mia??kenapa???"Aku seolah-olah hilang siuman.Melihat keadaanku,Shahira lantas menenangkanku."Faris...jangan macam ni..."pujuk Shahira lembut.Air mata Shahira masih belum berhenti daripada mengalir.'Mia dah tak ada Sha,Mia dah tak ada..."Kataku seakan-akan tidak percaya."Ya Faris,Sha megerti perasaan Faris ketika ini..Tapi Faris perlu kuat...Walaupun Mia dah tak ada,tapi Faris masih ada Sha,mama Along,dan abah Faris.."Kata-kata Shahira sedikit membuat hatiku sejuk.Tiba-tiba,Shahira melepaskan pelukannya."Faris,ada seseorang nak jumpa Faris"Kata-kata Shahira menimbulkan tanda tanya dimindaku."Siapa?"tanyaku ringkas."Jom kita balik"Shahira mengajakku pulang ke rumah.Aku berjalan seiring bersama Shahira.

Setibanya di rumah,Aku sedikit terkejut melihat abah tersembul di muka pintu menyambut kepulanganku."Faris...anak abah...Maafkan abah nak...Abah khilaf...Abah minta maaf kerana mengabaikan angah selama ni,abah minta maaf sangat-sangat.Beri abah peluang kedua untuk berubah nak..."Kata-kata abah membuatku terkesima seketika.Abah lantas memelukku dengan erat.Aku didakap dengan penuh kasih sayang seakan-akan anak kecil."Happy birthday to you!Happy birthday to you!Happy birthday to Faris Daniel!Happy birthday to you....Nyanyian lagu tema "Happy Birthday" tersebut membuatku terpaku.Kelihatan,mama dan along membawa keluar sebiji kek coklat diiringi nyalaan lilin di atasnya.Aku begitu terkejut dengan kejutan ini.Aku betul-betul tidak menyangka bahawa hari ini adalah hari jadiku."HAPPY BIRTHDAY ANGAH!!" ucap mama,abah dan along serentak.Tatkala itu,aku seakan-akan kembali ke zaman kanak-kanakku.Situasinya sama seperti sekarang,yang membezakanku hanyalah umur.Melihat keadaanku yang bigung,mama,dan along menerjah ke arahku lalu memeluk erat.Aku lemas dalam dakapan mereka.Pada masa itu,air mataku mengalir tanpa aku sedari.Begitu bahagianya perasaanku pada saat ini.Shahira tersenyum manis memandangku.Dalam hati,aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengembalikan semula kebahagiaan ahli keluargaku.Alhamdulilah.'desis hatiku.Aku membalas senyuman Shahira.Hari ini menjadi hadiah hari jadi yang terindah dalam hidupku walaupun aku baru sahaja kehilangan oarnag yang aku sayang.Damia..aku akan merindui dirimu....sayang.Aku berbisik dalam hati.Shahira..terima kasih kerana memberiku semangat untuk meneruskan perjuangan.


********

Sejak hari itu,keluargaku kembali bersatu seperti dahulu.Abah telah bercerai dengan isteri keduanya setelah mendapat tahu bahawa betina itu telah curang dengan jantan lain.Aku berazam untuk mendapat 10 A dalam SPM yang bakal aku hadapi tidak lama lagi.Kini,aku tidak lagi sepi kerana adanya Shahira disisiku.Walau apapun,ingatanku pada Damia masih tersemat erat dalam memoriku dan menjadi kenangan terindah yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila....

********tamat*****

HaSil kARyAku....(TaNgIsan GeMbIrA dALam Duka)


Angin sepoi-sepoi bahasa menghempas lembut ke tubuhku.Terasa sejuk menerjah ke liang romaku.Malam ini aku termenung sendirian.Memikirkan harapan abah dan mama yang mengharapkan aku mendapat 10 A dalam SPM yang bakal ku hadapi penhujung tahun depan,membuatkanku tersenyum.Kata-kata mama masih lagi tergiang-giang di telingaku."Mama harap Faris dapat tunaikan impaian mama.Mama janji kalau Faris dapat 10 A dalam SPM tahun hadapan,Mama akan bawa Faris ke luar negara,mama janji."ucap mama dengan lembut.Kata-kata mama seolah-olah menjadi semangat buatku untuk terus belajar hingga ke lewat malam.Walaupun ku tahu ini masih terlalu awal,namun aku berazam tidak mahu membuat abah dan mama kecewa.Tambahan pula,aku tidak mahu menghampakan impian kakak sulongku,Farisha yang pernah menyatakan hasratnya untuk ke luar negara suatu ketika dahulu.Aku lantas menutup jendela yang terbuka luas.Bulan seolah-olah menjeling ke arahku.Langkahku kian lemah,mataku kian memberontak.Aku menghempaskan badan ke tilam dan akhirnya mataku terpejam erat.

********
Faris!bangun sayang.Dah pukul berapa ni?kamu nak ke sekolah pukul berapa nak?Laungan mama mengejutkan aku dari mimpi.Entah mengapa,hari ini aku bangun agak lewat dari hari-hari biasa.Tangan mama lantas menarik selimut yng membaluti tubuhku.Entah kapan aku menyelimuti tubuhku?Aku tertanya-tanya dalam hati.Mama tersenyum melihat gelagatku yang sedikit kehairanan."Semalam mama jenguk ke bilik kamu.amboi,apa yang dimimpikan agaknya?sampaikan tidur pun lupa nak padamkan lampu"perli mama dengan nada menyindir."Tak adalah ma.Semalam angah ngantuk sangat,jadi lupa nak padamkan lampu"jawabku dengan nada manja."Yela tu,entah-entah gayut ngan buah hati kot"Tiba-tiba along datang menyampuk.Ibarat mahu tersembul biji mataku dengan tuduhan tersebut."Ish,mana ada!angah bukan macam along tu,sms je 24 jam ngan kekasih."balasku sambil membaling anak patung Domo yang menjadi teman setiaku ke arah along.Along menyambut balinganku dengan tepat.Aku bingkas bangun dari katil dan terus ke bilik air.Mama dan along keluar sejurus selepas itu.

"Mama,mana abah?tanyaku dengan nada hairan."Oh ya!abah kamu 'outstation'.Jawab mama sambil menuangkan air susu Ducth Lady ke dalam gelas.Aku hanya menggangguk tanda faham.Dalam hati banyak tanda tanya dan juga kata kerja bermain di minda.Ibarat lagu Najwa Latif lagaknya.Tiba-tiba,aku mengukir senyuman."Senyum sorang-sorang nampak!.Teringat buah hati ye?"along bersuara buat sekian kalinya."Amboi,mulut!mengalahkan murai nampak",kataku sambil menjeling tajam ke arah along yang baru sahaja duduk di penjuru meja yang menghadap ke arahku."Dah!dah!asyik nak bergaduh je,tak elok bergaduh depan rezeki.kamu ha along,buat apa tuduh angah macam tu,tak elok."nasihat mama kepada kami.Saat itu,aku merasakan kemenangan berpihak kepadaku.Yahoo!teriak hati kecilku.Along pula tersipu-sipu malu ibarat kerang busuk.Nah!ambik kau.hahaha.Aku ketawa dalam hati."Alamak!dah pukul 7.10 pagi.Ma,angah pergi dulu"pintaku sambil melihat jam di ruang tamu.Aku terus bergegas ke muka pintu sambil diiringi mama.Selepas mencium pipi dan tangan mama,aku menghidupkan motor lantas bergeras ke sekolah yang hanya kira-kira 2km dari rumah.

"Faris,petang nanti kita study sama-sama ye"tiba-tiba suara tersebut memecah kesunyiaan kelas 4Bestari ."Eh Sha.em,petang nanti tak bolehlah.Faris nak balik awal..Maaf k."pujukku agar Shahira tidak berkecil hati denganku.Sebenarnya aku sengaja memberikan alasan tersebut kerana aku tahu,Sha sengaja memberikan alasan untuk belajar kerana semata-mata ingin mendekatiku.namun aku bukanlah lelaki yang mudah tertarik dengan perempuan.Prinsipku hanya satu,iaitu mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan yang aku hadapi!

********

Siang kian melabuhkan tirainya.Sang mentari tersenyum puas untu mengundur diri, dan Sang rembulan pula tersenyum malas untuk menggantikan posisinya.Itulah indahnaya ciptaan Tuhan.Setiap makluk ciptaan-Nya telah diaturkan dengan tugas masing-masing.Begitu juga dengan diriku.Tugasku sebagai pelajar.So,terpaksalah aku mengorbankan masaku untuk mentelaah pelajaran.Ketika asyik mentelaah buku Biologi yang menjadi subjek kegemaranku,tiba-tiba aku terdengar pertengkaran mama dan abah dari bilik mereka.Perasaan penasaran menerjah ke lubuk hatiku.Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah-celah daun pintu.Kelihatan mama menangis teresak-esak,manakala abah pula sibuk mengemaskan pakaian dari dalam almari.Aku hairan melihat gelagat  kedua-dua orang tuaku.Aku tidak pasti apa yang sedang berlaku.Tiba-tiba abah melontarkan sejumlah wang ke arah mama.Perbualan antara mama dan abah juga tidak jelas kedengaran.Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak menyebabkan aku merapatkan teligaku pada pintu untuk memasang telinga.Tiba-tiba..."Woi angah!kau buat apa tu?terkial-kial je aku tengok.,nak jadi perompak ke apa?"sentuhan sepasang tangan ke bahuku menyebabkan aku terkejut lalu melompat ke dinding."Eh,along!terkejut aku.Kau nak aku terkena heart attack ke apa?"balasku sambil mengurut-ngurut dada yang bedegup kencang ibarat baru di kejar hantu pocong."kau tu,yang terhegeh-hegeh kat pintu ni  dari tadi tu apasal?mengingau ke?seram aku tengok.Ingatkan pencuri mana.Rupanya kau,nasib baik aku masih siuman,kalau tak,kayu golf abahlah yang hinggap atas kepala kau tadi"omel along dengan panjang lebar."Sshh!!abah datang!abah datang!"lalu aku mengarahkan along menyorok di belakang almari di luar bilik mama dan abah.Along mengikut arahanku dengan patuh.Aku pula berdiri disebalik tiang di ruang tamu.Nasib baik aku kurus,kalau tak,mesti kantoi punya.Aku berbisik sendirian.Melihat abah ke hulur ke hilir mencari sesuatu di ruang tamu menambahkan lagi kekusutan mindaku yang sudah lama kusut.Tiba-tiba,mama keluar dari bilik dan menuju ke arah abah.Mama memegang luntut abah sambil merayu-rayu agar abah tidak pergi.Melihat live acting di depan mataku itu membuatkan titisan jernih mula mengalir tanpa ku sedari.Ingin saja aku memeluk mama pada saat itu,namun,kedaan memaksaku agar tidak berbuat sedemikian.Aku melihat along turut menangis."Sudah!sudah!biarkan aku pergi!.lepaskan aku!"tengking abah lalu menangkis tangan mama.Mama jatuh terjelepok ke lantai.Air mataku semakin deras mengalir ke pipi.Sungguh!aku tidak sanngup melihat situasi ini.Abah terus berlalu meninggalkan kediaman kami menaiki Toyota Vious yang sedia menunggu di luar garaj.
********
"Faris,kamu menangis?Pertanyaan Sha membuatkan aku terjaga dari lamunan.Lamunan yang telah berlaku hampir sebulan yang lalu."Eh,tak adalah.Mata Faris termasuk habuk tadi.Tu yang mengalir air mataku tu"aku berpura-pura memberikan alasan."kalau macam tu,biar Sha tolong tengokkan mata Faris k,mana tahu nanti merebak pula habuk tu".Sha menawarkan bantuannya padaku sambil menghulurkan sehelai kertas tisu."Eh,tak payahlah,Faris ok je,jangan risau dah ok dah mata Faris ni."aku menolak dengan lembut sambil mengambil tisu yang dihulurkan."Kalau macam tu tak mengapalah.Sha balik dulu ye"Sha meminta diri untuk pulang.Aku hanya mengangguk.Peristiwa yang berlaku pada malam tersebut begitu meninggalkan impak yang besar dalam hidupku.

********
Tahun 2010 kian melabuhkan tirainya.Penghujung Disember 2010 menjadi titik tolak  permulaan kehidupan baruku.Keadaan keluargaku kian porak- peronda.Tiada lagi kebahagiaan yang dapat kurasakan.Mama seringkali menangis akibat perbuatan abah yang kerap meninggalkan rumah.Along pula sentiasa berkurung dalam biliknya.Aku menjadi gersang akibat ketandusan kasih sayang ahli keluargaku.Tiada lagi gurau senda,tiada lagi gelak ketawa along yang sentiasa menjadi penghiburku.Kini,keadaan rumahku sunyi dan sepi.Yang ada hanyalah bayang-bayang kenangan bersama.Aku merasakan hidupku kosong.Se;epas abah meninggalkan mama pada malam tersebut,aku nekad ke bilik mama untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi."Mama,kenapa dengan abah?"aku beranikan diri untuk bertanya."Abah kamu...abah kamu ada perempuan lain nak"jawab mama teresak-esak."maksud mama,abah dah kahwin lain??"tanyaku ingin mendapatkan kepastian.Mama mengangguk bersma linangan air mata.Terasa terhenti seketika degupan jantungku tatkala mendengar pengakuan daripada mama.Jadi,betullah tekaan aku selama ini.Abah memang jarang pulang ke rumah,namun aku tidak menyangka yang abah akan setegar ini!.Aku lantas memeluk mama dan aku turut menangis dalam esakannya.

********

Esok merupakan tahun baru.Bererti akan ada sambutan tahun baru di ibu kota.Aku mengambil kesempatan ini untuk keluar menyaksikan pertunjukkan bunga api bagi meredakan segala kekusutan yang melanda.Kebetulan mama tiada di rumah kerana melakukan overtime.Sejak abah berkahwin lain,mama terpaksa berkerja lebih masa bagi menanggung perbelanjaan harian.Abah hanya pulang sebulan sekali.itupun belum tentu.Along pula sentiasa berkurung dalam biliknya apabila pulang dari kerja.Aku tidak tahu masalah apa yang mengganggu fikirannya.Tepat jam 10 malam,aku sudah berada di dataran merdeka.Keadaan begitu sesat dengan kehadiran orang ramai.Tiba-tiba aku di tegur oleh seorang pemuda yang tidak aku kenali."weh bro!termenung jauh nampak.Baru lepas putus cinta ke?"hahahah ujar pemuda berkenaan diikuti dengan ketawa yang menjengkelkan.Aku hanya diam seribu bahasa.Tanpa sebarang kata,aku meyaksikkan free show yang ditayangkan di depan mataku.Aksi bermotor yang dilakukan oleh pemuda tadi begitu menarik perhatiaanku.Aku melihat ada keseronokan disitu.akhirnya,persaan ingin mencuba hadir tanpa ku sedari dan aku merasakan semua masalah aku hilang saat aku beraksi di atas litar jalan raya.

********

Sejak peristiwa malam tahun baru,aku lebih suka keluar malam untuk race bersama rakan-rakan yang ku kenali dalam waktu masa yang singkat.Bagiku aku telah menemui  jalan penyelesaian untuk menghilangkan tekanan.Di sekolah,rakan-rakanku mula menjauhkan diri.Penampilanku juga tampak jauh berbeza.Jikaulau dulu aku dihormati kerana penampilanku yang kemas,kini,aku dicaci  dengan penampilanku yang ganas.Lantak kau orang lah!Ada aku kisah?ni kisah aku.Suka hati aku lah!.Sha juga  mula menjauhkan diri dariku.Azamku lesap entah ke mana.Mama tiada masa untuk memantau pergerakkanku.Along juga sama.Aku merasakan hidupku bebas.Bebas dari segala-galanya.Walaupun kerap dipanggil guru disiplin,aku masih juga tidak berubah.Begitu juga dengan guru kaunseling.Pelbagai nasihat yang diberi sedikit pun tidak membuatkan aku menjadi cair.Malah sikap biadapku semakin menjadi-jadi.Sikap mama yang tiada masa untuk hadir ke sekolah seolah-olah memberi lesen kepadaku untuk bertindak di luar jangkaan!

"Assalamualaikum,perhatian semua pelajar kelas 5Bestari,kita ada seorang pelajar baru yang akan belajar di kelas ini,sila beri tunjuk ajar.Damia,ini kelas baru kamu,sila ambil tempat dulu ye".Pengumuman yang dibuat oleh guru tingkatanku itu sedikit pun tidak ku endahkan.Aku hanya sibuk bermain daun terup di belakang kelas sambil diperhatikan Sha di tempat duduknya."Faris!beri laluan kepada rakan baru kamu ni untuk duduk di sebelah Shahira"teriak puan Fatimah.Semua mata memandang ke arahku.Saat itu,mataku bertembung sepasang mata yang panahannya menusuk ke dalam hatiku.Aku sedikit terkesima."Faris!kamu debgar tak?sekali lagi aku rasa dipermalukan."Ya cikgu."balasku ringkas sambil beredar dari tempat dudukku.Aku berlau sambil mencuri-curi pandang si pemilik mata sayu tersebut.Keadaan kelas kembali seperti biasa sehingga ke waktu rehat.

"Assalamualaikum,nama saya Damia Husna.Boleh kita berkenalan?"Tiba-tiba aku tersentak dengan huluran salam yang diucapkan."Waalaikumussalam".Tanpa kusedari,aku menjawab salam itu secara spontan.Seolah-olah menyimpan ego,aku hanya mematungkan diri sejurus selepas itu.Dalam hati,ingin sekali aku berkenalan dengan si pemilik mata sayu itu.Damia Husna.Cantik namamu.Secantik orangnya juga.Desis hati kecilku.Melihat gelagatku,Damia terus mengumpanku untuk berbicara."Kenapa tak rehat?awak puasa?pertanyaan Damia seolah-olah mmerliku.Eleh.Dia tak rehat apa kes?hatiku berbisik.Aku hanya menjeling ke arahnya.Damia terus-menerus menyoalku."Kenapa awak diam?Ada salah ke dengan pertanyaan saya tadi?"Damia terus bertanya sambil matanya memandang tepat ke wajahku.TIba-tiba,aku merasakan mukaku seolah-olah dibakar api akibat kelakuan Damia yang dari tadi tidak henti-henti merenungku..Air mukaku kian berubah.Namun aku buat-buat tidak mengerti."Awak handsometapi..........."Damia tidak meneruskan kata-katanya lantas berlalu pergi.Aku menjadi hairan dengan tingkah lakunya sebentar tadi.Aku pura-pura berlagak seperti biasa.

"Awak!tunggu!"Jeritan Damia mematikan langkahku ke tempat letak motor.Langkahku terhenti seketika.Aku hanya melakukan aksi spontan dengan menggarukan kepalaku yang tidak gatal apabila Damia menghampiriku."Awak...saya nak tanya sesuatu boleh?"ucap Damia setelah masing-masing diam."Sebelum kau....ehem,sebelum awak tanya saya,saya terlebih dahulu mahu tanya awak"balasku seakan-akan jangkal untuk membahasakan diri  'awak dan saya'."Apa dia?"Damia meminta kepastian."Awak tak ada kerja lain ke selain kerja mengekori saya sepanjang hari ni?rimaslah!Satu hari tak ganggu saya tak boleh ke?Awak tengok saya!tegok betul-betul!Saya ni orang jahat,saya boleh buat apa saja yang saya nak"aku sengaja menakutkannya sambil mataku  memerhati susuk tubuhnya dari atas ke bawah."Saya dah puas tengok awak"jawab Damia ringkas sambil mengalihkan badannya membelakangiku.Boleh tahan juga jawapan dia.Desis hatiku."Oh ya!Tadi tu saya  cuma nak tanya,banyak sangat ke kutu kat atas  kepala awak tu?dari tadi duk menggaru."Damia memerangkapku dengan soalanya.Akhirnya aku pula yang terkena."Tak apalah,saya minta diri dulu" ujar Damia sambil menghulurkan sepucuk surat kepadaku sebelum berlalu pergi.Melihat gelagatnya,aku menjadi hairan.Dalam diam,aku mengukir senyuman.Saat itu,aku merasakan jiwaku tiba-tiba menjadi lembut.Selembut suaraku.Aww!


Faris Daniel,
Assalamualaikum..salam perkenalan ku hulurkan.Walaupun kehadiran surat  ini tidak di undang,ku berharap kandungan surat ini mampu melembutkan hatimu yang kian membeku.Ku tahu,ku hanya manusia biasa  yang lemah tanpa kata-kata.Namun,ku amat berharap segala nasihat yang diberi dapat membuatkan dirimu berubah walau hanya sedikit cuma.Ku tahu ,setiap manusia pasti diuji dengan ujian yang datang.Dan ku pasti ketika ini dirimu diuji dengan masalah keluarga .Ku sedar ku bukan sesiapa.Ku juga bukannya igin menjaga tepi kain orang,tapi izinkan diriku mengambil berat terhadap dirimu sebagai sahabat.Walaupun kita belum betul-betul  mengenali,ku berharap kita dapat meneruskan ukhwah yang terjalin ini sampai bila-bila.Ku tahu dirimu ada potensi untuk berjaya kerana semuanya telah diceritakan oleh seseorang yang amat mengagumimu.Ku amat berharap Allah membukakan pintu hatimu untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan.Hadapilah hidup ini dengan tenang,dan tabahkanlah hatimu menghadapi dugaan dengan senyuman.Janganlah sesekali berputus asa dalam apajua yang dilakukan .Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dimiliki.Sesungguhnya,ada lagi insan yang lebih malang di dunia ini.



Salam perkenalan:

Damia Husna






Monday, November 28, 2011

Antara sahabat dan teman

sahabat
tatkala sepi menggamit jiwa
melayan hati nan lara
kau hadir membawa cahaya
pengubat duka nestapa

teman
tika aku sendirian
kau hadir disisi
menemaniku kala sunyi
suka duka diselami
mencipta sejarah abadi
seorang teman yang sejati

teman,sahabat
kedua-duanya amat ku perlu
mengisi kehidupan
menjalin suratan
namun...
mungkinkah ku temui
insan terbilang
yang mampu mengayam impian
menjadi permaidani harapan
mengharungi ketentuan
yang maha Esa

impian menjadi kenyataan
itulah yang aku inginkan
dari dirimu wahai insan
yang kini dalam pencarian..

Friday, November 11, 2011

9 miMpI RaSulullAh s.a.w...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, 
Nabi Muhammad saw bersabda: 

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi 
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di 
Israqkan........" 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

Thursday, October 13, 2011

‎7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR


‎7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

waNita IdAman



wahai WANITA idaman..bukan selayaknya tempatmu di situ..mahukah kau ku khabarkan dengan sesuatu FAKTA..mudah-mudahan kau mahu menyambut dan memikirkannya..

✿..CINTA SUCI itu hanyalah cinta yang terjalin selepas akad NIKAH..ketahuilah cinta sebelum pernikahan itu adalah cinta yang MENIPU dan tidak perlu engkau agung-agungkan..jangan biarkan dia mengambil hatimu..kau terlalu MULIA untuk disentuh sama ada JASAD ataupun HATI..✿

•.♥• yang manis itu apabila dia BERUBAH hati, kau akan KECEWA, dan kau akan kembali bercinta dengan Allah.

•.♥• yang manis itu apabila kau berubah hati, dia akan kecewa dan kau mahu kembali bercinta dengan Allah.

•.♥• yang LEBIH manis itu apabila kau dan dia sama-sama berubah hati, kau dan dia REDHA dan kembali sama-sama bercinta dengan Allah.

jalan JIHAD bukan mudah..namun kau mampu melakukannya jika kau PERCAYA dan biarkan Allah mengaturkan segalanya..jika kau belum bersedia dan hanya mahu mencari TEMAN untuk suka-suka, lebih baik jadi seorang diri..mudah-mudahan hatimu lebih TENANG kerana kau tahu kau hanya dicintai oleh yang Maha Penyayang yang selalu MENCINTAI hambaNYA..♥

Thursday, May 19, 2011

GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS

Assalamualaikum...

Da lama x update blog ni...nk kta bz 2, sgt,tp juz xde ms je..kdg2 on9 pn jap je..snggah kt fb jap n then trus out..kdg2,if bosan,snggah kt K.A.M.I jap..kt c2 dpt jupe kawan2 lama di batch..wlpn kami x prnah brsua,tp iktan prshbtn yg trjalin bgtu kuat mmbuatkan kami sume seolah2 btatap mata..bila ksdihan mlanda jiwa,dorunk la yg mjdi pgubtnya..smakin lama kami mgnali,smakin byk knangn trcipta..kdg2 smpai x sdr yg ms brjalan bgtu pants...skunk,masing2 da nk p blajr..rsnya cm xnk je lpskn dorunk prgi..kalo leh,nk ikt dorunk ktat2 dlm rumah K.A.M.I...nti rumah K.A.M.I mgkin x sceria dlu...yg ada hnya la sisa2 kanangn yg tgl...:(..sob..sob..


kpd warga K.A.M.I,sy akn igt korunk smpai bila2..insyaALLAH..sy doakan smoga korunk sume dpt mgjar cta2 korunk..smoga brjaya dan trus cmrlang..insyaALLAH..kalau suatu hari nnti,kita x dpt brsua@brsma,sy arp korunk x lpekan sy..wlaupn kita jauh,korunk sntiasa dlm igtn..igt sy slalu..:(

Remember Me...
time will come for us to part,
tears are following in my heart,
looking back,i've no regret,
for all that we have start.

think of me when you're gone,
think of me when you're alone,
write to me when you're need a friend,
by your side,i'll always stand.

we have known each other for a long time,
and you have found place in my mind,
we have been so close,trusting and happy,
so remember,even when you're far from me.
remember there's as a friend who really cares,
praying for you burdens gladly bear,
releasing you to God with love in his heart,
would you still remember me when we depart??? :(