Wednesday, December 28, 2011

HaSil kARyAku....(TaNgIsan GeMbIrA dALam Duka)


Angin sepoi-sepoi bahasa menghempas lembut ke tubuhku.Terasa sejuk menerjah ke liang romaku.Malam ini aku termenung sendirian.Memikirkan harapan abah dan mama yang mengharapkan aku mendapat 10 A dalam SPM yang bakal ku hadapi penhujung tahun depan,membuatkanku tersenyum.Kata-kata mama masih lagi tergiang-giang di telingaku."Mama harap Faris dapat tunaikan impaian mama.Mama janji kalau Faris dapat 10 A dalam SPM tahun hadapan,Mama akan bawa Faris ke luar negara,mama janji."ucap mama dengan lembut.Kata-kata mama seolah-olah menjadi semangat buatku untuk terus belajar hingga ke lewat malam.Walaupun ku tahu ini masih terlalu awal,namun aku berazam tidak mahu membuat abah dan mama kecewa.Tambahan pula,aku tidak mahu menghampakan impian kakak sulongku,Farisha yang pernah menyatakan hasratnya untuk ke luar negara suatu ketika dahulu.Aku lantas menutup jendela yang terbuka luas.Bulan seolah-olah menjeling ke arahku.Langkahku kian lemah,mataku kian memberontak.Aku menghempaskan badan ke tilam dan akhirnya mataku terpejam erat.

********
Faris!bangun sayang.Dah pukul berapa ni?kamu nak ke sekolah pukul berapa nak?Laungan mama mengejutkan aku dari mimpi.Entah mengapa,hari ini aku bangun agak lewat dari hari-hari biasa.Tangan mama lantas menarik selimut yng membaluti tubuhku.Entah kapan aku menyelimuti tubuhku?Aku tertanya-tanya dalam hati.Mama tersenyum melihat gelagatku yang sedikit kehairanan."Semalam mama jenguk ke bilik kamu.amboi,apa yang dimimpikan agaknya?sampaikan tidur pun lupa nak padamkan lampu"perli mama dengan nada menyindir."Tak adalah ma.Semalam angah ngantuk sangat,jadi lupa nak padamkan lampu"jawabku dengan nada manja."Yela tu,entah-entah gayut ngan buah hati kot"Tiba-tiba along datang menyampuk.Ibarat mahu tersembul biji mataku dengan tuduhan tersebut."Ish,mana ada!angah bukan macam along tu,sms je 24 jam ngan kekasih."balasku sambil membaling anak patung Domo yang menjadi teman setiaku ke arah along.Along menyambut balinganku dengan tepat.Aku bingkas bangun dari katil dan terus ke bilik air.Mama dan along keluar sejurus selepas itu.

"Mama,mana abah?tanyaku dengan nada hairan."Oh ya!abah kamu 'outstation'.Jawab mama sambil menuangkan air susu Ducth Lady ke dalam gelas.Aku hanya menggangguk tanda faham.Dalam hati banyak tanda tanya dan juga kata kerja bermain di minda.Ibarat lagu Najwa Latif lagaknya.Tiba-tiba,aku mengukir senyuman."Senyum sorang-sorang nampak!.Teringat buah hati ye?"along bersuara buat sekian kalinya."Amboi,mulut!mengalahkan murai nampak",kataku sambil menjeling tajam ke arah along yang baru sahaja duduk di penjuru meja yang menghadap ke arahku."Dah!dah!asyik nak bergaduh je,tak elok bergaduh depan rezeki.kamu ha along,buat apa tuduh angah macam tu,tak elok."nasihat mama kepada kami.Saat itu,aku merasakan kemenangan berpihak kepadaku.Yahoo!teriak hati kecilku.Along pula tersipu-sipu malu ibarat kerang busuk.Nah!ambik kau.hahaha.Aku ketawa dalam hati."Alamak!dah pukul 7.10 pagi.Ma,angah pergi dulu"pintaku sambil melihat jam di ruang tamu.Aku terus bergegas ke muka pintu sambil diiringi mama.Selepas mencium pipi dan tangan mama,aku menghidupkan motor lantas bergeras ke sekolah yang hanya kira-kira 2km dari rumah.

"Faris,petang nanti kita study sama-sama ye"tiba-tiba suara tersebut memecah kesunyiaan kelas 4Bestari ."Eh Sha.em,petang nanti tak bolehlah.Faris nak balik awal..Maaf k."pujukku agar Shahira tidak berkecil hati denganku.Sebenarnya aku sengaja memberikan alasan tersebut kerana aku tahu,Sha sengaja memberikan alasan untuk belajar kerana semata-mata ingin mendekatiku.namun aku bukanlah lelaki yang mudah tertarik dengan perempuan.Prinsipku hanya satu,iaitu mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan yang aku hadapi!

********

Siang kian melabuhkan tirainya.Sang mentari tersenyum puas untu mengundur diri, dan Sang rembulan pula tersenyum malas untuk menggantikan posisinya.Itulah indahnaya ciptaan Tuhan.Setiap makluk ciptaan-Nya telah diaturkan dengan tugas masing-masing.Begitu juga dengan diriku.Tugasku sebagai pelajar.So,terpaksalah aku mengorbankan masaku untuk mentelaah pelajaran.Ketika asyik mentelaah buku Biologi yang menjadi subjek kegemaranku,tiba-tiba aku terdengar pertengkaran mama dan abah dari bilik mereka.Perasaan penasaran menerjah ke lubuk hatiku.Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah-celah daun pintu.Kelihatan mama menangis teresak-esak,manakala abah pula sibuk mengemaskan pakaian dari dalam almari.Aku hairan melihat gelagat  kedua-dua orang tuaku.Aku tidak pasti apa yang sedang berlaku.Tiba-tiba abah melontarkan sejumlah wang ke arah mama.Perbualan antara mama dan abah juga tidak jelas kedengaran.Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak menyebabkan aku merapatkan teligaku pada pintu untuk memasang telinga.Tiba-tiba..."Woi angah!kau buat apa tu?terkial-kial je aku tengok.,nak jadi perompak ke apa?"sentuhan sepasang tangan ke bahuku menyebabkan aku terkejut lalu melompat ke dinding."Eh,along!terkejut aku.Kau nak aku terkena heart attack ke apa?"balasku sambil mengurut-ngurut dada yang bedegup kencang ibarat baru di kejar hantu pocong."kau tu,yang terhegeh-hegeh kat pintu ni  dari tadi tu apasal?mengingau ke?seram aku tengok.Ingatkan pencuri mana.Rupanya kau,nasib baik aku masih siuman,kalau tak,kayu golf abahlah yang hinggap atas kepala kau tadi"omel along dengan panjang lebar."Sshh!!abah datang!abah datang!"lalu aku mengarahkan along menyorok di belakang almari di luar bilik mama dan abah.Along mengikut arahanku dengan patuh.Aku pula berdiri disebalik tiang di ruang tamu.Nasib baik aku kurus,kalau tak,mesti kantoi punya.Aku berbisik sendirian.Melihat abah ke hulur ke hilir mencari sesuatu di ruang tamu menambahkan lagi kekusutan mindaku yang sudah lama kusut.Tiba-tiba,mama keluar dari bilik dan menuju ke arah abah.Mama memegang luntut abah sambil merayu-rayu agar abah tidak pergi.Melihat live acting di depan mataku itu membuatkan titisan jernih mula mengalir tanpa ku sedari.Ingin saja aku memeluk mama pada saat itu,namun,kedaan memaksaku agar tidak berbuat sedemikian.Aku melihat along turut menangis."Sudah!sudah!biarkan aku pergi!.lepaskan aku!"tengking abah lalu menangkis tangan mama.Mama jatuh terjelepok ke lantai.Air mataku semakin deras mengalir ke pipi.Sungguh!aku tidak sanngup melihat situasi ini.Abah terus berlalu meninggalkan kediaman kami menaiki Toyota Vious yang sedia menunggu di luar garaj.
********
"Faris,kamu menangis?Pertanyaan Sha membuatkan aku terjaga dari lamunan.Lamunan yang telah berlaku hampir sebulan yang lalu."Eh,tak adalah.Mata Faris termasuk habuk tadi.Tu yang mengalir air mataku tu"aku berpura-pura memberikan alasan."kalau macam tu,biar Sha tolong tengokkan mata Faris k,mana tahu nanti merebak pula habuk tu".Sha menawarkan bantuannya padaku sambil menghulurkan sehelai kertas tisu."Eh,tak payahlah,Faris ok je,jangan risau dah ok dah mata Faris ni."aku menolak dengan lembut sambil mengambil tisu yang dihulurkan."Kalau macam tu tak mengapalah.Sha balik dulu ye"Sha meminta diri untuk pulang.Aku hanya mengangguk.Peristiwa yang berlaku pada malam tersebut begitu meninggalkan impak yang besar dalam hidupku.

********
Tahun 2010 kian melabuhkan tirainya.Penghujung Disember 2010 menjadi titik tolak  permulaan kehidupan baruku.Keadaan keluargaku kian porak- peronda.Tiada lagi kebahagiaan yang dapat kurasakan.Mama seringkali menangis akibat perbuatan abah yang kerap meninggalkan rumah.Along pula sentiasa berkurung dalam biliknya.Aku menjadi gersang akibat ketandusan kasih sayang ahli keluargaku.Tiada lagi gurau senda,tiada lagi gelak ketawa along yang sentiasa menjadi penghiburku.Kini,keadaan rumahku sunyi dan sepi.Yang ada hanyalah bayang-bayang kenangan bersama.Aku merasakan hidupku kosong.Se;epas abah meninggalkan mama pada malam tersebut,aku nekad ke bilik mama untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi."Mama,kenapa dengan abah?"aku beranikan diri untuk bertanya."Abah kamu...abah kamu ada perempuan lain nak"jawab mama teresak-esak."maksud mama,abah dah kahwin lain??"tanyaku ingin mendapatkan kepastian.Mama mengangguk bersma linangan air mata.Terasa terhenti seketika degupan jantungku tatkala mendengar pengakuan daripada mama.Jadi,betullah tekaan aku selama ini.Abah memang jarang pulang ke rumah,namun aku tidak menyangka yang abah akan setegar ini!.Aku lantas memeluk mama dan aku turut menangis dalam esakannya.

********

Esok merupakan tahun baru.Bererti akan ada sambutan tahun baru di ibu kota.Aku mengambil kesempatan ini untuk keluar menyaksikan pertunjukkan bunga api bagi meredakan segala kekusutan yang melanda.Kebetulan mama tiada di rumah kerana melakukan overtime.Sejak abah berkahwin lain,mama terpaksa berkerja lebih masa bagi menanggung perbelanjaan harian.Abah hanya pulang sebulan sekali.itupun belum tentu.Along pula sentiasa berkurung dalam biliknya apabila pulang dari kerja.Aku tidak tahu masalah apa yang mengganggu fikirannya.Tepat jam 10 malam,aku sudah berada di dataran merdeka.Keadaan begitu sesat dengan kehadiran orang ramai.Tiba-tiba aku di tegur oleh seorang pemuda yang tidak aku kenali."weh bro!termenung jauh nampak.Baru lepas putus cinta ke?"hahahah ujar pemuda berkenaan diikuti dengan ketawa yang menjengkelkan.Aku hanya diam seribu bahasa.Tanpa sebarang kata,aku meyaksikkan free show yang ditayangkan di depan mataku.Aksi bermotor yang dilakukan oleh pemuda tadi begitu menarik perhatiaanku.Aku melihat ada keseronokan disitu.akhirnya,persaan ingin mencuba hadir tanpa ku sedari dan aku merasakan semua masalah aku hilang saat aku beraksi di atas litar jalan raya.

********

Sejak peristiwa malam tahun baru,aku lebih suka keluar malam untuk race bersama rakan-rakan yang ku kenali dalam waktu masa yang singkat.Bagiku aku telah menemui  jalan penyelesaian untuk menghilangkan tekanan.Di sekolah,rakan-rakanku mula menjauhkan diri.Penampilanku juga tampak jauh berbeza.Jikaulau dulu aku dihormati kerana penampilanku yang kemas,kini,aku dicaci  dengan penampilanku yang ganas.Lantak kau orang lah!Ada aku kisah?ni kisah aku.Suka hati aku lah!.Sha juga  mula menjauhkan diri dariku.Azamku lesap entah ke mana.Mama tiada masa untuk memantau pergerakkanku.Along juga sama.Aku merasakan hidupku bebas.Bebas dari segala-galanya.Walaupun kerap dipanggil guru disiplin,aku masih juga tidak berubah.Begitu juga dengan guru kaunseling.Pelbagai nasihat yang diberi sedikit pun tidak membuatkan aku menjadi cair.Malah sikap biadapku semakin menjadi-jadi.Sikap mama yang tiada masa untuk hadir ke sekolah seolah-olah memberi lesen kepadaku untuk bertindak di luar jangkaan!

"Assalamualaikum,perhatian semua pelajar kelas 5Bestari,kita ada seorang pelajar baru yang akan belajar di kelas ini,sila beri tunjuk ajar.Damia,ini kelas baru kamu,sila ambil tempat dulu ye".Pengumuman yang dibuat oleh guru tingkatanku itu sedikit pun tidak ku endahkan.Aku hanya sibuk bermain daun terup di belakang kelas sambil diperhatikan Sha di tempat duduknya."Faris!beri laluan kepada rakan baru kamu ni untuk duduk di sebelah Shahira"teriak puan Fatimah.Semua mata memandang ke arahku.Saat itu,mataku bertembung sepasang mata yang panahannya menusuk ke dalam hatiku.Aku sedikit terkesima."Faris!kamu debgar tak?sekali lagi aku rasa dipermalukan."Ya cikgu."balasku ringkas sambil beredar dari tempat dudukku.Aku berlau sambil mencuri-curi pandang si pemilik mata sayu tersebut.Keadaan kelas kembali seperti biasa sehingga ke waktu rehat.

"Assalamualaikum,nama saya Damia Husna.Boleh kita berkenalan?"Tiba-tiba aku tersentak dengan huluran salam yang diucapkan."Waalaikumussalam".Tanpa kusedari,aku menjawab salam itu secara spontan.Seolah-olah menyimpan ego,aku hanya mematungkan diri sejurus selepas itu.Dalam hati,ingin sekali aku berkenalan dengan si pemilik mata sayu itu.Damia Husna.Cantik namamu.Secantik orangnya juga.Desis hati kecilku.Melihat gelagatku,Damia terus mengumpanku untuk berbicara."Kenapa tak rehat?awak puasa?pertanyaan Damia seolah-olah mmerliku.Eleh.Dia tak rehat apa kes?hatiku berbisik.Aku hanya menjeling ke arahnya.Damia terus-menerus menyoalku."Kenapa awak diam?Ada salah ke dengan pertanyaan saya tadi?"Damia terus bertanya sambil matanya memandang tepat ke wajahku.TIba-tiba,aku merasakan mukaku seolah-olah dibakar api akibat kelakuan Damia yang dari tadi tidak henti-henti merenungku..Air mukaku kian berubah.Namun aku buat-buat tidak mengerti."Awak handsometapi..........."Damia tidak meneruskan kata-katanya lantas berlalu pergi.Aku menjadi hairan dengan tingkah lakunya sebentar tadi.Aku pura-pura berlagak seperti biasa.

"Awak!tunggu!"Jeritan Damia mematikan langkahku ke tempat letak motor.Langkahku terhenti seketika.Aku hanya melakukan aksi spontan dengan menggarukan kepalaku yang tidak gatal apabila Damia menghampiriku."Awak...saya nak tanya sesuatu boleh?"ucap Damia setelah masing-masing diam."Sebelum kau....ehem,sebelum awak tanya saya,saya terlebih dahulu mahu tanya awak"balasku seakan-akan jangkal untuk membahasakan diri  'awak dan saya'."Apa dia?"Damia meminta kepastian."Awak tak ada kerja lain ke selain kerja mengekori saya sepanjang hari ni?rimaslah!Satu hari tak ganggu saya tak boleh ke?Awak tengok saya!tegok betul-betul!Saya ni orang jahat,saya boleh buat apa saja yang saya nak"aku sengaja menakutkannya sambil mataku  memerhati susuk tubuhnya dari atas ke bawah."Saya dah puas tengok awak"jawab Damia ringkas sambil mengalihkan badannya membelakangiku.Boleh tahan juga jawapan dia.Desis hatiku."Oh ya!Tadi tu saya  cuma nak tanya,banyak sangat ke kutu kat atas  kepala awak tu?dari tadi duk menggaru."Damia memerangkapku dengan soalanya.Akhirnya aku pula yang terkena."Tak apalah,saya minta diri dulu" ujar Damia sambil menghulurkan sepucuk surat kepadaku sebelum berlalu pergi.Melihat gelagatnya,aku menjadi hairan.Dalam diam,aku mengukir senyuman.Saat itu,aku merasakan jiwaku tiba-tiba menjadi lembut.Selembut suaraku.Aww!


Faris Daniel,
Assalamualaikum..salam perkenalan ku hulurkan.Walaupun kehadiran surat  ini tidak di undang,ku berharap kandungan surat ini mampu melembutkan hatimu yang kian membeku.Ku tahu,ku hanya manusia biasa  yang lemah tanpa kata-kata.Namun,ku amat berharap segala nasihat yang diberi dapat membuatkan dirimu berubah walau hanya sedikit cuma.Ku tahu ,setiap manusia pasti diuji dengan ujian yang datang.Dan ku pasti ketika ini dirimu diuji dengan masalah keluarga .Ku sedar ku bukan sesiapa.Ku juga bukannya igin menjaga tepi kain orang,tapi izinkan diriku mengambil berat terhadap dirimu sebagai sahabat.Walaupun kita belum betul-betul  mengenali,ku berharap kita dapat meneruskan ukhwah yang terjalin ini sampai bila-bila.Ku tahu dirimu ada potensi untuk berjaya kerana semuanya telah diceritakan oleh seseorang yang amat mengagumimu.Ku amat berharap Allah membukakan pintu hatimu untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan.Hadapilah hidup ini dengan tenang,dan tabahkanlah hatimu menghadapi dugaan dengan senyuman.Janganlah sesekali berputus asa dalam apajua yang dilakukan .Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dimiliki.Sesungguhnya,ada lagi insan yang lebih malang di dunia ini.



Salam perkenalan:

Damia Husna






No comments:

Post a Comment