Thursday, April 24, 2014

MENGKUDU DAN KHASIATNYA

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:

Assalamualakum..

Apa khbar sahabat-sahabat sekalian...


Bertemu kembali..

Alhamdulilah...syukur kepada Allah NAM dan sahabat-sahabat yang lain telah selesai present tugasan kami berkaitan penggunaan herba dalam perubatan tradisional mengikut etnik..

NAM dan sahabat-sahabat memilih untuk mengkaji tentang khasiat mengkudu dan penggunaanya dalam perubatan tradisonal..serius NAM cakap,tanpa kita sedar,tumbuh-tumbuhan yang berada disekeliling kita sebenarnya amat bermanfaat dalam kehidupan.MAHA Suci ALLAH yang menjadikan sesuatu yang mempunyai kepentingan masing-masing..cuma...ramai yang tdak menyedari dan mengkajinya...di bawah ni sedikit info mengenai mengkudu.











LATAR BELAKANG POKOK MENGKUDU

Mengkudu atau lebih dikenali sebagai Noni (bahasa Hawaii) merupakan sejenis tumbuhan yang biasa ditemui di kawasan tropika.Mengkudu merupakan buah asli dari daerah Asia Tenggara. Mengkudu, secara amnya boleh dikatogerikan kepada 2 jenis yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Tumbuhan ini juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agar sukar ditemui.

Di negara Eropah mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga dipanggil chees fruit kerana baunya menyerupai bau keju sudah dimasak. Tanaman mengkudu termasuk dalam kelompok rubiaceace. Buah mengkudu dikenali  dengan nama-nama yang berbeza di setiap negara, antaranya Nono (bahasa Tahiti), Nonu (bahasa Tonga), ungcoikan (bahasa Myanmar) dan Ach (bahasa Hindi). Biasanya pokok mengkudu ditanan di kawasan pinggir hutan dan berdekatan peparitan dan sungai.

Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15 sehingga 20 kaki. Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasanya dijadikan kayu api atau bahan bakar. Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal. Tumbuhan ini kaya dengan vitamin A. Bunganya pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Buahnya sebesar telur ayam bagi mengkudu kecil dan permukaannya agak berkerutu.

Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benihnya. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan. Tumbuhan ini akan bercambah setelah 3 sehingga 9 minggu setelah disemai. Tumbuhan ini akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.
  


KHASIAT POKOK MENGKUDU
Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan di kepulauan Pasifik Selatan, kemudian di China dan di India. Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua olh tentera yang berada di kepulauan Polinesia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan. Di kepulauan Carribean, mengkudu dikenali sebagai pain killer three dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam bengkak dan terseliuh. Di negara kita Malaysia buah mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing (kencing tidak lawas), senggugut dan pendarahan.


Daun mengkudu biasanya dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin bagi memulihkan kecerdasan badan. Daunnya biasanya dijadikan alas batu tungku, dipercayai dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin. Kajian yang dilakukan seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr. Isabella Abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetis dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan melambatkan proses penuaan.




setakat tu je yang NAM dapat kongsikan...

jumpa lagi~daaa 

No comments:

Post a Comment