Saturday, April 16, 2011

KaWan diAkhiR ZamAn..


Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang benar benar sibukDengan urusan memperbaiki diri nyaYang benar benar sibukUntuk mengubah sikapnyaUntuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalahSibuk dengan urusan mengumpul harta duniaWalau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang bergelumang dengan majlis ilmu menafaatYang sanggup bersusah payah dan berpenatlelahYang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan hartaDalam mengejar dan memahami ilmu menafaatYang ada kini hanya lahBerbangga dengan harta yang menimbunTapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiAhli professional yang bertaqwaYang benar-benar melekat iman di jiwanyaMengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sanaYang ada kini hanyalahAhli professional yang lalai dan lekaYang hidup nya lebih barat dari baratIman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiBersifat silaturrahim semata mata kerana Allah Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana AllahYang ada kini hanyalahSikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiriBersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiriYang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiriYang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalahYang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta duniaYang menghidupkan budaya baratSehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuanYang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalanYang ada kini hanyalahYang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umurYang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang menjadikan Al Quran sebagai hiburanMenjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelazimanYang ada kini hanyalahArtis di jadikan bahan pujaanNyanyian melalaikan di jadikan hiburanDianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita ketemuiYang sentiasa merasai mati itu sangat hampirYang sentiasa merasai jelingan IzrailYang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematianYang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhiratYang ada kini hanyalahYang panjang angan-angannyaYang sibuk mengumpul dunia kerja seharianSeolah olah kematian itu masih jauhSeolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.

No comments:

Post a Comment